Himpunan Hijau Ancam Bakar Loji Lynas, MCA Cabar Pembangkang Nyata Pendirian

lynas-entranceKUANTAN – MCA mencabar pembangkang menyatakan pendirian mereka mengenai ancaman pengerusi Himpunan Hijau Wong Tack untuk membakar loji nadir bumi Lynas Corp di Gebeng, di sini sekiranya Barisan Nasional (BN) tidak menutup loji itu apabila terus berkuasa selepas pilihan raya umum akan datang.

Pengerusi MCA Bahagian Bentong Datuk Hoh Khai Mun berkata DAP dan sekutunya dalam pakatan pembangkang seperti Pas dan PKR perlu bertanggungjawab terhadap ancaman yang disuarakan Wong itu.

Katanya akibat mengamalkan politik kebencian, DAP dan rakannya sering menyeru anggota mereka dan orang ramai supaya turun ke jalan raya bagi tujuan menggulingkan kerajaan.

“Kali ini, seorang daripada pengikut mereka bertindak terlalu jauh dalam menyahut seruan Pakatan (pembangkang) untuk menyalakan api kebencian, tanpa memikirkan kesan segera dan jangka panjangnya terhadap orang ramai,” katanya.

Hoh mencabar DAP, Pas dan PKR menyatakan pendirian mereka tentang keghairahan Wong mengenakan tekanan terhadap pihak berkuasa tanpa sebab munasabah dan secara tidak langsung mempengaruhi orang ramai supaya melanggar undang-undang.

Hoh,yang juga anggota Exco Kerajaan Tempatan, Alam Sekitar dan Kesihatan berkata ancaman Wong untuk membakar sebuah bangunan itu samalah seperti mengugut kerajaan yang dipilih serta rakyat dan perbuatan itu boleh mencetuskan huru-hara.

Semalam, Wong memberitahu portal berita The Malaysian Insider bahawa mereka (Himpunan Hijau) akan membakar kilang berkenaan sekiranya kerajaan yang baharu dipilih tidak menutupnya selepas pilihan raya umum 2013. – Bernama

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: