Isu Tanah: Nik Aziz Terima ‘Hadiah Istimewa’

dn_30.1KOTA BHARU  – Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini menerima ‘hadiah istimewa’ daripada Gerakan Tukar Kerajaan Pas Kelantan Demi Rakyat (Gerakan Tukar) iaitu 23 anak pokok getah dan sawit di pejabatnya di sini.

Pemberian itu sebagai simbolik terhadap tindakan Kerajaan Pas Kelantan menjual lebih 4,000 hektar tanah di Gua Musang kepada pemimpin DAP Perak.

Anak pokok itu yang dibawa kira-kira 50 ahli Gerakan Tukar juga bertujuan memberi peringatan kepada Nik Abdul Aziz mengenai penderitaan peneroka asal tanah tersebut yang telah menanam sawit dan getah sejak lebih 20 tahun tetapi akhirnya disodok oleh pemaju untuk mengaut hasil balak.

Pengerusi Gerakan Tukar, Kamarudin Kassim yang mengetuai kumpulan tersebut turut menyerahkan satu memorandum tujuh perkara bertajuk `Tanah Rakyat Adalah Maruah Rakyat’ kepada Nik Abdul Aziz bagi membantah penjualan tanah itu.

“Tanah itu adalah maruah rakyat yang telah diusahakan sejak lebih 20 tahun tetapi akhirnya dijual kepada pemimpin DAP dan kami yakin masih banyak lagi tanah yang telah dijual tetapi kita tidak tahu,” katanya ketika ditemui selepas menyerahkan memorandum itu kira-kira pukul 11 pagi di sini. – Utusan

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

2 Comments on “Isu Tanah: Nik Aziz Terima ‘Hadiah Istimewa’”

  1. Nik Abduh
    February 7, 2013 at 3:39 pm #

    Molek juga kalu diberi batu nesan 2 butir kpd ayahanda ambo, tak lama dah ter

  2. Zailan Ismail
    February 13, 2013 at 9:59 pm #

    Aku nak hantar 1 juta liter air Paip Berkarat kpd N. ajis

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: