Negara Bankrap Hanya Alasan Pembangkang

bntuan ehsan petaniRAITINI A. RAHMAN : BACHOK – Dakwaan dan tuduhan pembangkang yang mengatakan kerajaan akan ‘bankrap’ disebabkan menyediakan peruntukan yang besar bagi memberrikan subsidi kepada rakyat dilihat tidak berasas, kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin.

Beliau berkata, tuduhuan itu hanyalah alasan awal pembangkang untuk memotong subsidi sekiranya mereka Berjaya membentuk kerajaan pda Pilihanraya Umum ke 13 nanti.

“Sebelum ini mereka keluarkan kenyataan akan menamatkan perkhidmatan pegawai kerajaan dengan alasan untuk mengurangkan perbelanjaan. Pegawai kerajaan ini sebahagian besarnya adalah orang Melayu.

“Mereka tidak sedar jika subsidi dipotong ia akan memberi impak besar terhadap golongan miskin,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan ehsan kerosakan tanaman padi kepada petani bagi Jajahan Bachok di Pejabat Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA),Kemasin Semerak, Gunong, di sini, hari ini.

Seramai 268 petani yang mengalami kerosakan disebabkan banjir pada akhir tahun lepas masing-masing menerima bantuan itu berjumlah hampir RM500,000 bagi meringankan beban mereka untuk mengerjakan tanaman padi musim ini yang turut dihadiri Pengarah IADA, Norbahani Zakaria.

Beliau yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan berkata, jika pegawai yang ada pada hari ini dikurangkan ia tidak akan memberi peluang kepada lepasan universiti untuk

bekerja dengan kerajaan.

“Sekiranya lepasan university ini gagal mendapatkan pekerjaan sudah tentu ia akan meningkatkan jumlah pegangguran dikalangan rakyat.

“Kita perlu sedar kerajaan yang ada pada hari ini mempunyai kemampuan untuk mengeluarkan subsidi demi untuk membantu rakyat berdasarkan pendapatan negara dari pelbagai sudut yang cukup memberangsangkan,” katanya.

Beliau berkata, salah satu puncanya datang dari kutipan cukai yang dilakukan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) sebanyak RM120 bilion tahun lepas tidak termasuk sumber dari Petronas.

“Dengan pendapatan itu kerajaan dapat berbelanja antaranya RM30 bilion untuk perbelanjaan pelbagai bentuk subsidi terutama minyak petro, diesel, gas, minyak masak, subsidi baja padi, beras, gula dan tepung.

“Saya yakin ekonomi negara pada tahun-tahun akan datang akan terus berkembang berikutan

kemasukan pelabur asing yang terbaharu pelabur dari China yang melibatkan nilai pelaburan RM10.5 bilion di Pahang hari ini.

“Ini untuk membolehkan kerajaan dapat meneruskan pelbagai bentuk subsidi berkenaan pada tahun-tahun akan datang jika kerajaan Barisan Nasional (BN) terus diberi kuasa pada Pru Ke-13

kelak,” katanya.

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: