SU Agung: Pas Akan Kekal Bersama Pakatan

imageSHAH ALAM – Pas menafikan dakwaan bekas Timbalan Presiden parti itu, Nasharudin Mat Isa bahawa komponan Pakatan Rakyat (PR) telah melanggar muafakat politik dalam perikatan itu, sebaliknya menegaskan hanya wujud sedikit perbezaan pendapat yang tidak memudaratkan kerjasama dibentuk sejak Pilihan Raya Umum 2008.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali berkata, perbezaan pendapat adalah perkara biasa dalam mana-mana kerjasama politik baik PR mahupun Barisan Nasional (BN) sendiri.

Namun katanya, dalam banyak perkara, ikatan PKR, DAP dan Pas sentiasa mencapai kata sepakat dan mempunyai banyak persamaan.

“Kita akan terus dengan PR, tidak timbul isu Pas mahu bersendirian, Pas akan terus bersama PR bagi hadapi Pilihan Raya Umum ke-13.

“… cuma ada perbezaan pendapat tetapi lebih banyak persamaan pendapat seperti menegakkan keadilan dan menetang kezaliman,” katanya yang dihubungi Sinar Harian Online hari ini.

Semalam, bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa menggesa Pas supaya keluar dari PR dan bergerak secara bersendirian bersandarkan kekuatannya jika ingin terus kekal relevan sebagai parti yang memperjuangkan Islam.

Nasharudin juga mendakwa PR telah melanggar syarat tahaluf siyasi hingga mengusik kesucian Islam susulan tuntutan DAP supaya kalimah ALLAH dibenarkan digunakan dalam Bible berbahasa Melayu.

Dakwa Nasharudin lagi, pengaruh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan melemahkan Pas susulan campur tangannya dalam hal ehwal dalaman dan pentadbiran parti itu.

Ahli Parlimen Bachok itu menyesyorkan supaya Pas menjauhkan diri daripada anasir luar berkepentingan peribadi termasuk pihak yang memiliki ikatan tahaluf siyasi jika mahu mengekalkan asas perjuangannya.

Dalam pada itu, Mustafa turut menolak gesaan Nasharudin supaya Pas mengkaji semula tahaluf siyasi bersama PR kerana tindakan DAP yang lantang menyuarakan penggunan kalimah Allah dalam Bible berbahasa Melayu.

“Ketiga-tiga parti itu telah sebulat suara dan bersetuju mempertahankan Islam sebagai agama Persekutuan dan memastikan hak keistimewaan orang Melayu terpelihara seperti yang termaklub dalam Perlembagaan.

“…kenyataan Nasharudin itu dilihat sebagai pandangan peribadinya saja,” katanya.

Sementara itu, Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar melihat desakan Nasharudin itu sekadar meraih simpati dan cuba menarik perhatian orang ramai setelah keahliannya dalam Majlis Syura dilucutkan baru-baru ini.

“Biarlah dia melalak sorang-sorang,” katanya secara ringkas ketika dihubungi. – Sinar Harian

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: