UMNO Bachok Kenal Pasti Ahli Berpaling Tadah

datuk-dr-awang-adek-hussinRAITINI A RAHMAN :

BACHOK – UMNO Bahagian Bachok tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pemimpin dan ahlinya yang mensabotaj parti dalam usaha mengukuhkan jentera parti bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 tidak lama lagi.

Ketuanya, Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata, pihaknya kini sedang meneliti dan menyiapkan laporan berhubung tindakan segelintir ahlinya yang didakwa cuba mensabotaj dan mengkhianati parti.

Beliau berkata, bukti mengenainya telahpun diperolehi dan akan dihantar kepada  Jawatankuasa Disiplin UMNO untuk tindakan selanjutnya.

“Kita ada menerima dakwaan mengatakan ahli UMNO turut sama berceramah di pentas pembangkang. Kita maklumat dan bukti mengenai dakwaan itu dan kini sedang menyiapkan laporan mengenainya.

“Walaupun mereka ini tidak mengisytihar keluar parti namun mereka ini tidak boleh dibiarkan dan kerana tindakan mereka bertentang dengan disiplin parti. Orang seperti ini tidak sepatutnya ada di dalam parti,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan ahli UMNO yang dikatakan  bersama berceramah di pentas pembangkang serta dakwaan mengatakan mereka antara bakal calon yang akan mewakili Pakatan Rakyat pada Pilihanraya Umum ke-13 nanti.

Beliau berkata, golongan terbabit tidak diperlukan di dalam parti kerana mereka hanya akan merosakkan keutuhan parti.

“Kalau hanya dakwaan kita tidak boleh mengambilnya sebagai bukti tetapi apabila mereka berceramah bersama lawan kita ia adalah satu bukti jelas. Isi ceramah pun kita ada.

“Kita tidak mahu mereka yang tidak setia. Walaupun mereka tidak bersama parti namun kita yakin UMNO/Barisan Nasional masih lagi mempunyai penyokong setia.

“Sekiranya tindakan tidak diambil terhadap mereka ini ia akan menjejaskan sokongan dan kemenangan kepada calon UMNO/Barisan Nasional pada pilihanraya nanti,” katanya.

Sehubungan itu katanya, UMNO/Barisan Nasional Bachok akan terus melipat ganda usaha dan mengadakan pelbagai aktiviti bagi memastikan kemenangan parti itu pada pilihanraya akan datang.

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: