Dr M Lancar Buku Bergambar Misi Malaysia Ke Antartika

imageKUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini melancarkan buku bergambar bertajuk ‘ANTARCTICA: Malaysia’s Journey to the Ice’ terbitan Pusat Penyelidikan Antartika Kebangsaan (NARC).

Buku setebal 275 muka surat dan memuatkan 366 keping gambar itu diterbitkan dengan kerjasama Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) dengan pembiayaan daripada Universiti Malaya dan Kementerian Pengajian Tinggi.

‘ANTARCTICA: Malaysia’s Journey to the Ice’ memberikan penerangan panjang lebar mengenai keadaan di benua diliputi ais itu daripada aspek geologi, cuaca, flora dan fauna, stesen-stesen penyelidikan saintifik serta kerja yang dilakukan kumpulan saintis dan penyelidik dari pelbagai negara yang menumpukan usaha mereka di kawasan itu.

Ia juga menonjolkan aspirasi Malaysia untuk memujuk masyarakat antarabangsa supaya menganggap dan menerima Antartika sebagai warisan bersama manusia dan memanfaatkan persekitaran kondusif ditawarkan benua itu bagi penyelidikan yang akan membawa faedah kepada manusia.

Selain menceritakan perjalanan kumpulan saintis dari negara beriklim tropika Malaysia ke benua ais itu untuk menjalankan penyelidikan, ia juga menggambarkan perjalanan simbolik yang tiada penghujungnya dalam pemuliharaan  Antartika demi faedah bersama manusia.

Turut hadir pada majlis itu ialah isteri Dr Mahathir, Tun Dr Siti Hasmah Mohamed Ali; Naib Canselor Universiti Malaya Tan Sri Dr Ghauth Jasmon; Pengarah NARC dan Ketua Editor buku itu, Prof Datuk Dr Azizan Abu Samah; Pengerusi Bernama Datuk Abdul Rahman Sulaiman dan Ketua Pengarang merangkap Pemangku Pengurus Besar Bernama Datuk Yong Soo Heong.

Dr Mahathir, dalam ucapannya berkata Antartika perlu dipelihara sebagai warisan bersama manusia dan patut menjadi milik setiap insan di dunia ini, dan tiada siapa boleh mengeksploitasi sumber-sumber di benua diliputi ais itu.

Beliau mengetuai delegasi Malaysia, yang turut termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang ketika itu Menteri Pertahanan, melakukan lawatan ke Antartika dari 6 Feb hingga 13 Feb pada 2002.

Dr Mahathir berkata beliau juga berharap saintis Malaysia akan terus menjalankan penyelidikan di Antartika. Sejak 1999, pelbagai ekspedisi saintifik telah dijalankan, melibatkan kira-kira 100 penyelidik.

“Saya fikir tidak banyak negara tropika menghantar orang ke Antartika. Kita lambat sedikit, tetapi lebih baik lambat daripada tiada langsung,” katanya. – Bernama

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: