Hadi Salah, Pas Gila Putrajaya

AMIRUL HAFIZ

imagesKOTA BHARU – Bekas Setiuasaha Dewan Ulama Pas Negeri, Wan Ismail Wan Ahmad tidak menafikan kesalahan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang punca menyebabkan DAP dilihat semakin biadap dalam isu kalimah Allah.

Katanya, dalam isu tersebut Abdul Hadi sepatutnya terlebih dahulu mendapat persetujuan daripada Majlis Syura sebelum membuat sebarang keputusan di dalam pakatan pembangkang.

“Memang Hadi (Abdul Hadi) yang salah dalam hal ini. Dia terus masuk ke pakatan pembangkang, membelakangi Majlis Syura dalam isu ini.

“Ibarat ayam, tak perlu tanya sembelih tak sembelih sebab Hadi bawa masuk (ke pakatan pembangkang untuk setuju penggunaan kalimah Allah kepada bukan Islam) tu yang sudah sembelih dah.

“Lepas kecoh baru nak mesyuarat, ini tak ada guna. Ini orang panggil kerja bodoh,” katanya dihubungi di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan beberapa bekas tokoh Pas yang mendakwa kesilapan Abdul Hadi membelakangi Majlis Syura Ulama Pas menyebabkan pemimpin DAP dilihat semakin biadap.

Beliau berkata, berikutan kelemahan itu menyebabkan Pas akan menerima kesan buruk terutama dari sudut kepercayaan orang ramai.

Katanya, kredibiliti Pas semakin lenyap semenjak bersekutu dengan DAP dan Parti Keadilan Rakyat sehingga mencetuskan banyak kekeliruan di kalangan rakyat.

Sementara itu, menjawab kedegilan parti itu untuk kekal bersama pakatan pembangkang meskipun wujud perbezaan ideologi termasuk dalam soal menyentuh akidah umat Islam beliau berkata, hanya ‘Putrajaya’.

“Tak ada benda lain, kerana hendak kejar Putrajaya. Gilakan Putrajaya itu sahaja. Kalau betul-betul Pas memperjuangan agama, memperjuangkan akidah umat Islam sudah lama dia (Pas) kena keluar dari pakatan itu,” katanya.

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

One Comment on “Hadi Salah, Pas Gila Putrajaya”

  1. ninjaturtle
    February 7, 2013 at 8:59 pm #

    Dahsyat betul penangan Putrajaya .. Memang Hebat Tun M .. hingga ramai yang gila nak ke Putra Jaya .. akhirnya Allah telah memperlihatkan belang PAS yang sebenar …

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: