Muhyiddin: BN Perlu Mandat Untuk Terus Bela Rakyat

imageKANGAR – Kerajaan Barisan Nasional (BN) memerlukan mandat untuk mentadbir negara bagi membolehkan usaha berterusan membela nasib rakyat dilaksanakan, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini.

Timbalan perdana menteri berkata, kerajaan BN melaksanakan pelbagai usaha untuk membantu rakyat sejak dahulu dan ia akan berterusan jika BN terus diberi mandat mentadbir negara pada pilihan raya umum akan datang.

Mandat baru amat diperlukan untuk tempoh lima tahun akan datang bagi membolehkan kerajaan meneruskan usaha membangunkan negeri dan negara, katanya ketika berucap kepada pemimpin parti komponen BN negeri dan ketua-ketua jabatan di Kompleks Dewan Undangan Negeri di sini.

Turut hadir Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan yang juga Ketua Biro Penerangan dan Publisiti BN dan Ketua Penerangan Umno.

Muhyiddin kemudian mendengar taklimat tertutup mengenai persiapan pilihan raya BN Perlis di Bilik Gerakan Negeri oleh Setiausaha BN Perlis Datuk Mat Rawi Kassim.

Muhyiddin yang dalam rangka lawatan kerja sehari ke Perlis berkata, beliau berpuas hati apabila hasil lawatannya ke negeri-negeri mendapati sokongan rakyat terhadap BN semakin meningkat.

“Saya berharap sokongan ini akan berterusan sehingga tiba pilihan raya umum nanti bagi memastikan BN menang besar baik kerusi dewan undangan negeri mahupun kerusi parlimen,” katanya.

Muhyiddin yang juga timbalan pengerusi BN berkata, lawatan kerjanya ke Perlis hari ini adalah bagi melihat kemajuan yang dicapai dan usaha-usaha yang sedang dilaksana untuk membangunkan Perlis.

“Tahun 2013 sudah bermula dan kini adalah masa untuk menjalankan tugas dan tanggungjawab sama ada oleh pemimpin kerajaan, ketua-ketua jabatan dan parti bagi menjayakan agenda transformasi negara yang berlangsung sejak beberapa tahun lalu,” katanya.

Beliau berkata, impak usaha itu membawa kesan positif bagi meningkatkan taraf hidup rakyat sekaligus menjayakan cita-cita nasional dan harapan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak agar dapat menyentuh hati segenap peringkat rakyat di bandar atau luar bandar.

Timbalan perdana menteri berkata Bajet 2013 yang diluluskan kerajaan negeri dan persekutuan perlu dibelanjakan sebaik-baiknya supaya faedahnya sampai kepada rakyat melalui fasa kedua transformasi nasional.

“Semua rakyat mempunyai hak untuk menikmati segala usaha yang dilakukan kerajaan bagi meningkatkan taraf hidup mereka,” katanya.

Muhyiddin berkata,  semangat kerjasama dan perpaduan serta bekerja sebagai satu pasukan yang mantap amat penting sebagai prasyarat untuk dipikul oleh semua pihak dalam memajukan negeri dan negara. – Bernama

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: