PKR: Pas Lebih Serlah Jika Bersama PR

IMG_7929-copySHAH ALAM – Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail mendakwa Pas lebih menyerlah dan akan mendapat manfaat lebih besar menerusi kerjasama politik dalam Pakatan Rakyat (PR) pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Malah katanya, gesaan bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa kelmarin supaya Pas keluar PR tidak berasas kerana sejarah politik membuktikan parti itu mendapat kemenangan besar sekiranya bergerak dalam satu kumpulan, bukannya bersendirian.

“Saya menolak tanggapan bahawa dalam rekod Pas sebagai parti politik, jauh lebih baik apabila berkawan dengan DAP dan PKR. Rekod Pas mendapat sokongan tinggi apabila Pas berkawan dengan parti lain.

“… kemenangan Pas lebih besar pada 1995 dan 1999 apabila berkawan dengan Semangat 46. Apabila Pas berkawan dengan orang lain, dia menang besar. Apabila berkawan dengan DAP pun, Pas menang besar,” kata beliau kepada Sinar Harian Online.

Dalam pada itu, katanya, sejarah pilihan raya membuktikan Pas gagal mempertahankan kemenangan besar 1999 pada tahun 2004 setelah Barisan Alternatif berpecah, disebabkan isu negara Islam.

Pada 2004 Terengganu tercicir dari tangan Pas tetapi Kelantan kekal.

Bagaimanapun katanya, pada pilihan raya umum 2008, Pas mendapat kembali sokongan rakyat dan menikmati kemenangan besar apabila bekerjasama semula dengan PKR dan DAP.

“Pada 2008, wujud persefahaman antara ketiga-tiga parti apabila tidak bertanding di tiga penjuru, di mana ada Pas, PKR dan DAP tidak akan bertanding di kerusi yang sama dan begitulah sebaliknya.

“… hasilnya pada 2008 menyaksikan kita memperoleh 82 kerusi parlimen iaitu Pas memperoleh 23 kerusi, DAP peroleh 28 kerusi dan PKR 31 kerusi,” jelasnya.

Sementara itu, Saifuddin juga membidas dakwaan Nasharudin apabila mengatakan ketiga-tiga parti dalam PR telah melanggari dasar bersama yang telah disepakati pada 19 Disember 2009 iaitu pada Konvensyen Pakatan Rakyat yang pertama.

Sebaliknya, gesaan Nasharudin supaya Pas mengkaji semula tahaluf siyasi dengan PR tidak timbul kerana wakil ketiga-tiga parti telah bersetuju dan menandatangani perjanjian dasar bersama yang mengandungi empat tonggak utama.

“Pencapaian terbesar Pakatan Rakyat apabila ketiga-tiga parti menandatangani perjanjian dasar bersama menerusi empat tonggak utama iaitu menghormati raja berperlembagaan, menerima Islam sebagai agama Persekutuan, menerima Perkara 153 berkenaan hak keistimewaan orang Melayu dan mengiktiraf Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara.

“… Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Lim Kit Siang menandatangani perjanjian dasar bersama itu,” jelasnya sambil menyatakan walaupun kerjasama itu baru mencecah lima tahun, namun banyak kemajuan dapat dilihat.

Malah katanya, rakyat mula menerima pentadbiran PR sebagai kerajaan alternatif selain Umno-Barisan Nasional di negara ini.

Dalam pada itu, bekas Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP, Dr Tan Seng Giaw membidas kenyataan Nasharudin atas alasan cuba memecahbelahkan kerjasama politik dalam PR dengan mengaitkan isu agama dan menggesa Pas keluar ikatan itu.

Katanya, dakwaan bekas Timbalan Presiden Pas itu tidak berasas kerana DAP tidak melanggari perjanjian dasar bersama yang dimeterai pada 19 Disember 2009.

“Tiada kena-mengena isu agama, tidak timbul soal itu (langgar syarat tahaluf siyasi), itu hanya dakyah politik semata-mata, dia pun tahu (Nasharudin) persepakatan ketiga-tiga parti dalam Buku Jingga itu.

“… semuanya ada di situ, apa yang kita langgar (syarat). Dasar PR boleh dilihat dalam Buku Jingga yang mengandungi asasnya,” katanya.

Seng Giaw juga menyifatkan Nasharudin sebagai tidak mengenang budi apabila sanggup mengeluarkan kenyataan sebegitu, yang boleh menjejaskan perpaduan dan kerjasama politik ketiga-tiga parti sejak lima tahun lepas.

“Kenyataan itu merupakan perbezaan pendapat peribadi dan sahsiah. Ia tidak kena-mengena dengan agama; ia lebih merupakan kenyataan politik,” katanya.- Sinar Harian

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: