Ustaz Muda Kecam Karpal, Desak Pas

AMIRUL HAFIZ

hadi-awang-karpal-singhKOTA BHARU – Ustaz Muda Membela Agama dan Tanah Air (UMMATI), sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang terdiri daripada bekas ahli Pas mengecam kedegilan DAP dalam isu kalimah Allah.

Seorang aktivis UMMATI, Mohd. Syamsul Mohd. Yusoff al-Hafiz berkata, kedegilan Pengerusi DAP, Karpal Singh, seolah-olah sengaja ingin mengundang ketegangan agama dalam negara.

“Sultan sudah membuat teguran dalam hal ini. Mufti juga sudah beri penerangan. Malah Majlis Syura Ulama Pas sebagai salah satu badan tertinggi parti sekutunya telah membuat keputusan bahawa kalimah Allah tidak boleh diguna pakai oleh agama lain. Tapi dia masih pertikai hak mutlak orang Islam.

“Ini menunjukkan mereka seolah-olah sengaja ingin mencetuskan perpecahan di kalangan penganut agama Islam dan Kristian khususnya,” katanya .

Beliau mengulas laporan Karpal yang mengatakan DAP kesal dengan kenyataan Pas mengesahkan bahawa isu penggunaan kalimah Allah dalam kalangan bukan Islam sudah selesai.

Karpal menafikan keputusan Majlis Syura Ulama Pas sebaliknya mendakwa Pas sepatutnya menerima keputusan yang dibuat oleh Pakatan Rakyat (PR) memandangkan PR adalah sebuah organisasi yang besar di dalam sekutu pembangkang berbanding Majlis Syura hanya terdiri daripada Pas.

“Saya kesal dengan kenyataan itu. Isu ini belum selesai dan DAP tetap dengan pendiriannya.

“Kita masih meminta Majlis Syura Pas untuk mempertimbangkan supaya kalimah Allah boleh digunakan oleh orang bukan Islam,” kata Karpal.

Mohd. Syamsul berkata, tindakan Karpal itu bukan sahaja tidak menghormati orang Islam tetapi boleh diklasifikasi sebagai penderhaka kepada raja sambil tidak menghormati kerajaan Malaysia serta enakmen agama yang telah mengkhususkan kalimah suci itu hanya eksklusif bagi orang Islam.

Katanya, konflik ini tidak boleh dipandang remeh oleh semua pihak termasuk Pas sebagai rakan sekutu mereka bagi mengelak kemungkinan berlakunya perkara buruk memandangkan ia telah menyentuh sentimen umat Islam di negara ini.

Sehubungan itu beliau turut mendesak Karpal dan pemimpin DAP supaya tidak lagi menuntut kalimah Allah untuk diguna pakai dalam Bible versi Melayu.

Sementara itu seorang lagi aktivis UMMATI, Tuan Hasrizol Tuan Hassan menyatakan pendirian hampir sama dan bertegas pemimpin seperti Karpal mesti dikenakan tindakan sewajarnya.

Beliau tidak menafikan bukan Islam boleh bekerjasama dengan Islam tetapi bukan kafir harbi yang nyata menolak dan menentang Islam.

“Tidak ada kompromi terhadap golongan ini atau atau mana-mana pihak yang bersubahat dengannya. Kesucian agama tidak boleh diperkotak-katikkan,” tegasnya.

Dalam pada itu, beliau mendesak Pas sebagai sekutu pembangkang tampil menyatakan pendirian sebenar berikutan tindak-tanduk sekutunya yang sekarang ini dilihat semakin berani menyentuh sentimen agama.

“Sebagai sekutu rapat, Pas mesti bertindak tegas dalam hal ini. Kesucian agama tidak boleh dilacurkan semata-mata kepentingan politik,” katanya.

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: