Geng Baby Golek Tumpas

imageKOTA BHARU – Selepas setengah tahun licik menjalankan kegiatan curi motosikal sekitar Kota Bharu termasuk Kampung Landak dan Badang, 16 lelaki dari Geng Baby Golek akhirnya tumpas ditahan pihak berkuasa.

Suspek yang ditahan termasuk remaja yang sudah tidak bersekolah seawal usia 15 tahun hinggalah ke usia 35 tahun dengan kesemuanya positif dadah melalui ujian saringan awal air kencing yang dijalankan.

Ketua Polis daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman berkata, mereka ditahan sepasukan anggota polis ditubuhkan khas melalui Ops Lejang bertujuan membanteras jenayah curi motosikal yang semakin berleluasa.

Katanya, suspek ditahan bermula awal tahun ini sehingga pagi semalam selepas pemantauan dibuat pihak polis sepanjang tempoh enam bulan sebelum itu.

“Dalam serbuan itu juga, polis menjumpai 10 motosikal curi pelbagai jenis termasuk Yamaha dan Honda yang ada di antaranya sedang ditunggang serta dirampas ketika diletakkan di rumah masing-masing.
“Hasil pandu arah daripada beberapa suspek, polis juga berjaya menemui empat rangka motosikal bersama komponen yang dileraikan di dasar Sungai Baung di sini,” katanya ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis daerah Kota Bharu di sini, petang semalam.

Menurutnya, dengan penemuan dan tangkapan kesemua suspek berkenaan, polis berjaya menyelesaikan 30 kes kecurian motosikal yang dilaporkan di sekitar Kota Bharu.

“Kesemua suspek ditahan reman dan disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan kerana curi motosikal yang membawa hukuman penjara tidak kurang setahun dan tidak lebih tujuh tahun dan boleh juga dikenakan denda, jika sabit kesalahan,” katanya.

Beliau berkata, usaha pihak berkuasa membanteras jenayah itu tidak berakhir begitu sahaja malah operasi sama masih diteruskan berikutan kadar indeks jenayah curi motosikal mencatatkan peningkatan dengan jumlah 133 bulan lalu serta 32 pada bulan Februari sehingga semalam direkodkan. – Sinar Harian

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: