Najib Perlu Diberi Peluang Dan Masa Laksana Program Transformasi

imageKOTA KINABALU – Pergerakan Pemuda Barisan Nasional (BN) Kota Kinabalu mahu penduduk di sini memberi peluang dan masa kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melaksanakan program transformasinya.

Naib Ketua Pemuda Umno bahagian Muammar Julkarnain berkata ini perlu memandangkan proses transformasi mengambil masa untuk mencapai hasil yang diinginkan.

Bagi mendapatkan sokongan agar BN dapat merampas semula kerusi Parlimen Kinabalu daripada DAP dalam pilihan raya umum nanti, beliau berkata perdana menteri telah menunjukkan keberanian dan kemampuan beliau membela nasib penduduk yang terdiri daripada pelbagai latar belakang dan agama.

“Beri peluang kepada kepimpinan Najib. Sudah jelas kita telah melihat dan menikmati kejayaan pembangunan bandar Kota Kinabalu di bawah kerajaan Barisan Nasional.

“Pemimpin pembangkang hanya pandai menabur janji, tetapi mereka tidak dapat menunaikannya. Sebaba itu kita tidak patut terpedaya dan memperjudikan masa depan kita dengan mengundi pembangkang,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat penyelarasan Belia 1KK BN yang dihadiri wakil komponen BN sebagai persediaan menghadapi pilihan raya umum di sini hari ini.

Muammar berkata sayap belia BN Kota Kinabalu BN merangka satu strategi mendekati rakyat terutama golongan belia melalui pelbagai program.

“Apa jua program yang dianjurkan mana-mana parti komponen BN, anggota parti komponen yang lain akan memberikan sokongan padu bagi memastikan kemenangan BN,” katanya.

Katanya jawatankuasa penyelaras adalah lambang perpaduan di kalangan pemimpin belia BN Kota Kinabalu bagi membawa cabaran untuk mendapatkan kerusi Parlimen Kota Kinabalu.

“Kita percaya dengan rekod cemerlang Najib ditambah dengan perpaduan belia BN Kota Kinabalu, kita mempunyai peluang memenangi kerusi kawasan itu,” katanya.

Muammar juga yakin BN akan dapat mempertahan kerusi Dewan Undangan Negeri Api-Api dan mengekalkan kerusi Likas dan Luyang di bawah kawasan Parlimen Kota Kinabalu dari Parti Maju Sabah (SAPP) pada pilihan raya umum nanti. – Bernama

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: