PM Arah JKM Bantu

pix_gal0Alor Setar: Penderitaan seorang ibu yang menghidap penyakit menyebabkan badannya berkudis dan menanah serta dua anaknya yang terpaksa berhenti sekolah mendapat perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Zulkifly Ramli, berkata pihaknya mendapat arahan daripada pejabat Perdana Menteri semalam memintanya melawat dan memberi bantuan bagi meringankan beban Rabiah Baser, 56, yang terlantar di Hospital Alor Setar (HAS) sejak dua bulan lalu dan dua anaknya.

Selepas membuat penilaian, katanya, Rabiah akan diberi bantuan bulanan seumur hidup mengikut skim penjagaan pesakit terlantar RM300 bermula bulan depan walaupun sudah menerima bantuan RM400 daripada Jabatan Zakat Kedah (JZK).

Anak bongsu Rabiah, Muhammad Ikhlas Yahya, 14, yang rela melupakan alam persekolahan bagi menjaga ibunya diberikan bantuan RM150 sebulan kerana belajar di sekolah pondok.

Seorang lagi anaknya yang cacat penglihatan, Muhammad Asyid Abu Bakar, 21, mendapat tajaan pengajian dari sekolah tahfiz di luar negara dan akan menyambung pengajiannya bermula Mac ini.

“Muhammad Asyid tidak mempunyai masalah menyambung pengajian kerana mendapat tajaan sepenuhnya tetapi tidak layak menerima bantuan untuk orang kelainan upaya (OKU) kerana sudah berusia 21 tahun,” katanya ketika melawat Rabiah di wad I HAS di sini.

Zulkifly berkata, Rabiah sebelum ini pernah menerima bantuan JKM RM150 sebulan tetapi dihentikan selepas JKM mendapati beliau sudah mendapat bantuan JZK RM400.
“Kita anggap ini kes khas kerana sebelum ini Rabiah masih mampu berjalan dan membuat kerja ringan dan bantuan diterimanya sebelum ini adalah bantuan am,” katanya. – Berita Harian

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: