Rakyat Jangan Pandang Remeh Cita-Cita Anwar

imageKuala Lumpur: Rakyat perlu berwaspada terhadap cita-cita Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahu menjadi Perdana Menteri kerana Ketua Umum PKR itu sanggup berbuat apa saja untuk berkuasa.

Ini termasuk membawa masuk demonstrasi ala ‘Arab Spring’ (kebangkitan negara Arab) yang bukan saja menjejaskan ekonomi, malah memusnahkan masa hadapan negara yang kini stabil, aman dan makmur.

Bekas sekutu Anwar yang juga saintis politik, Prof Dr Chandra Muzaffar (gambar), berkata walaupun Malaysia berbeza berbanding negara Arab dari segi latar belakang sosio politik dan sosio ekonomi, demonstrasi ala ‘Arab Spring’ boleh berlaku di negara ini.

Katanya, ini disebabkan ketua pembangkang itu menerima sokongan dari dalam dan luar negara termasuk pihak barat yang mahu melakukan ‘pertukaran rejim’ secara halus di negara ini.

Masa hadapan negara

“Ini bukan soal individu, bukan soal parti politik mana kita sokong, BN (Barisan Nasional) atau pakatan pembangkang, tetapi mengenai masa hadapan negara ini.
“Jadi, kita harus hati-hati dan waspada serta jangan mudah terperangkap dengan retorik pihak yang mahu mengambil alih negara,” katanya kepada BH, semalam.

Beliau mengulas gesaan Tun Dr Mahathir Mohamad semalam yang mahu semua pihak mengambil serius janji Anwar untuk mengatur ‘Arab Spring’ di Malaysia seperti dilaporkan di Australia.

Menerusi laman blognya chedet.cc yang dipetik BERNAMA, bekas Perdana Menteri itu berkata, ia perlu diambil serius kerana keinginan Anwar yang mahu menjadi Perdana Menteri, selain mendakwa ketua pembangkang itu mempunyai kapasiti untuk melakukan huru hara.

Dr Mahathir berkata, semasa beliau menjadi Menteri Pelajaran pada 1974, Anwar menganjurkan demonstrasi pelajar mendakwa kebuluran menyebabkan kematian seorang budak lelaki di Baling, Kedah, tetapi tiada demonstrasi serius selama 16 tahun apabila Anwar menyertai kerajaan.

Mengulas lanjut, Chandra berkata Anwar juga menerima sokongan daripada sekutu politik DAP dan PAS yang juga sanggup melakukan apa saja untuk memerintah.

“Apa yang penting bagi mereka adalah merebut kuasa sebab mereka nampak ada peluang,” katanya menambah pihak terbabit mungkin mengada-adakan cerita untuk menaikkan kemarahan rakyat, sekiranya kalah dalam pilihan raya umum akan datang. – Berita Harian

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: