Ugutan Wong Tack Tak Jejas Kemasukan Pelabur Ke Pahang

adnan-yaakobKUANTAN – Ugutan Pengerusi Himpunan Hijau Wong Tack untuk membakar kilang nadir bumi Lynas di Gebeng jika kerajaan yang memerintah selepas pilihan raya umum ke-13 (PRU 13) tidak menutup operasi kilang itu tidak menjejaskan kemasukan pelabur asing ke Pahang.

Sebaliknya kata Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob, tindakan Wong Tack menyebabkannya dijauhi penyokong kumpulan anti-Lynas.

“Tindakan (ugutan) itu tidak menakutkan para pelabur, tetapi mendekatkan para pelabur sebab ia telah menjauhkan para penyokong dengan dia (Wong).

“Saya kenal siapa Wong Tack itu, bapa dia pun saya kenal. Dia melakukan (ugutan) kesalahan itu di bawah Seksyen 520 (Kanun Tatacara Jenayah). Orang macam ini tidak boleh jadi pemimpin,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau yang ditemui selepas penyerahan wang ihsan kepada mangsa banjir di sini diminta mengulas ugutan Wong Tack yang disiarkan portal berita The Malaysian Insider dua hari lepas.

Mengulas lanjut, Adnan berkata kawalan keselamatan di sekitar kawasan Lynas juga seperti biasa.

“Takkan sebab Wong Tack kita nak hantar satu batalion FRU (Unit Simpanan Persekutuan) sebab negara kita aman. Pelabur jangan takut, kerajaan bagi jaminan negara kita selamat,” katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai nasihat Tun Dr Mahathir Mohamad agar rakyat mengambil serius amaran Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahu membuat demonstrasi ala Arab Springs jika kalah dalam PRU 13, Adnan berkata nasihat itu perlu diberi perhatian.

“Tun (Dr Mahathir) adalah orang yang bijaksana sebab dia kenal siapa Anwar Ibrahim dan dia tahu Anwar memang boleh buat perkara itu (demonstrasi).

“Jika dia (Tun) nasihat agar kita memandang serius perkara itu, elok kita ambil tahu nasihat beliau,” katanya.

Dr Mahathir dipetik dalam entri terbaharu di blognya, http://www.chedet.cc sebagai berkata amaran Anwar itu perlu diambil serius berikutan obsesinya untuk menjadi perdana menteri. – Bernama

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: