BN: Turun Poster Najib Tindakan Pengecut

imagePUTRAJAYA – Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor membidas tindakan kerajaan Selangor dan Pulau Pinang menurunkan poster dan kain rentang ucapan Tahun Baharu Cina oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, sebagai pengecut.

Katanya, tindakan tidak bermoral itu jelas membuktikan pembangkang tidak dapat menerima populariti Najib yang disifatkan berada di paras tertinggi di kalangan rakyat, selain takut akan kalah dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) nanti.

“Kita pun tak faham mengapa mereka menggelabah. Kita letak banner (kain rentang) Perdana Menteri di Selangor dan Pulau Pinang, mereka (kerajaan negeri) turunkan banner-banner PM yang hanya mengucapkan Gong Xi Fa Chai, supaya kita hidup aman, sejahtera dan damai.

“Kita (BN) nak buat sambutan Tahun Baharu Cina di Pulau Pinang dan nak bawa Psy (penyanyi popular Korea Selatan) pun mereka (pembangkang) menggelabah. Mereka minta orang ramai jangan datang, tekanan melalui penyokong mereka, juga ada surat ugutan kepada Psy,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) RM500 kepada setiap isirumah berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah kepada 3,500 penduduk Putrajaya, di sini hari ini.

Tengku Adnan yang juga Ahli Parlimen Putrajaya menegaskan tindakan mencetuskan semangat kebencian dan kemarahan rakyat terhadap pemimpin utama negara, bukan budaya Malaysia.

Menurutnya, jentera pembangkang juga sering mengedarkan risalah berbentuk fitnah dan tomahan tidak berasas antaranya memperkecilkan kejayaan BN dan yang boleh mencetuskan rasa kebencian antara masyarakat berbilang bangsa dan agama.

“Kita juga tahu bahawa mereka (pembangkang) telah berbincang di Australia dan di Indonesia kononnya sekiranya mereka kalah dalam pilihan raya, mereka nak mulakan Arab Spring. Kalau kalah, maknanya rakyat dah beri mandat, terima sahaja, tetapi mereka akan salahkan kita (BN),” katanya.

Baru-baru ini, Najib yang juga Pengerusi BN meminta pembangkang supaya menghormati dan menerima keputusan yang dibuat rakyat tanpa perlu menimbulkan huru-hara sekiranya mereka kalah dalam PRU13.

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pula mengingatkan rancangan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengimport demonstrasi jalanan ala ‘Arab Spring’ harus diambil perhatian serius memandangkan kemampuan Ketua Pembangkang itu menganjurkan demonstrasi besar-besaran sebelum ini tidak dapat dinafikan. – Bernama

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: