Fitnah Modal Pas Racun Rakyat

AMIRUL HAFIZ :

takbirKOTA BHARU – Pas terus meracuni minda rakyat dengan memfitnah UMNO menolak Islam bagi memburuk-burukkan perjuangan parti itu setiap kali menjelang pilihan raya.

Aktivis pergerakan Ustaz Muda Membela Agama dan Tanah Air (UMMATI), Mohd. Syamsul Mohd. Yusoff al-Hafiz berkata, Pas kini sudah kehilangan punca dan terpaksa menggunakan modal lapuk untuk memikat pengundi.

Beliau meminta, Pas agar mencerminkan diri sendiri sebelum daripada berterusan menuduh UMNO sebagai parti menolak Islam selain mengamalkan dasar sekular.

“Dasar penubuhan UMNO adalah jelas untuk menegakkan, mempertahankan dan mengembangkan Islam sebagai agama rasmi negara, dan ia termaktub di bawah fasal 3.3 Perlembagaan parti itu.

“Dan dasar ini tidak pernah berubah sebagaimana Pas dari negara Islam kepada kebajikan. Ini maknanya UMNO sentiasa komited dalam mendaulatkan syiar Islam berbanding Pas yang dilihat kerap kali membisu terhadap beberapa isu berkaitan agama yang berbangkit sejak kebelakangan ini terutama dalam isu kalimah Allah,” katanya kepada Detikperubahan.com, di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gaal, Datuk Dr. Nik Mazian Nik Mohamad yang seolah-olah telah menghukum bahawa haram orang Islam undi UMNO.

Akhbar rasmi Pas, Harakah bertarikh 4 – 7 Februari menyiarkan Nik Mazian berkata, walaupun orang UMNO orang Islam, tapi perjuangannya bukan Islam.

Mengulas lanjut, Mohd. Syamsul berkata, budaya fitnah Pas tidak memberi impak besar kepada UMNO kerana rakyat sekarang telah bijak menilai erti kepalsuan dan kebenaran.

“Lebih baik Pas cari kaedah lain selain fitnah kononnya UMNO tolak Islam bagi menghadapi lawan, kerana Allah SWT telah dengan nyata melarang hambaNya yang suka membuat fitnah melalui firmanNya yang bermaksud “fitnah itu lebih dahsyat daripada membunuh,” katanya.

Dalam pada itu beliau mempersoalkan justifikasi hukuman haram undi UMNO dan wajib mengundi Pas memandangkan Pas pada hari ini jelas tersasar dari matlamat asal untuk melaksanakan negara Islam.

“Kemungkaran yang berlaku dalam masyarakat hari ini sebagai contoh dari sudut akidah Pas dilihat lebih banyak membisu dan hanya mengikut rentak DAP,” katanya.

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: