Isteri Rayu Bantuan JKM

imageKUALA KRAI – Isteri seorang pesara tentera tidak berpencen dari Kampung Bukit Sireh, dekat sini, merayu bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi menampung kos sara hidup suaminya yang terlantar sejak enam bulan lalu.

Che Yam Loman berkata, selepas pertama kali diserang angin ahmar pada 2005, keadaan suaminya, Mat Atan, 77, semakin teruk sebelum lumpuh dan terlantar sakit sejak Ogos tahun lalu.

“Saya hanya bekerja menoreh getah dengan pendapatan tidak menentu. Kalau JKM dapat beri dapat bantuan untuk sara hidup suami pun sudah memadai,” katanya.

Dia ditemui ketika menerima kunjungan Setiausaha JKKKP Tanpa Mukim Dun Mengkebang, Zamzuri Ismail di rumahnya di Kampung Bukit Sireh, dekat sini, semalam.

Che Yam berkata, selain kewangan, bantuan paling diperlukannya sekarang ialah tandas duduk atau kerusi khas untuk kemudahan suaminya membuang air besar.

“Dia ada penyakit sembelit dan susah nak buang air besar jika berbaring. Kalau ada kerusi atau tandas duduk, ringan sikit beban saya,” katanya.

Ditanya tentang Sumbangan Veteran Tidak Berpencen 1Malaysia (SVTB1M) sebanyak RM1,000 daripada kerajaan untuk bekas tentera tidak berpencen seperti suaminya, Che Yam berkata, permohonan sudah dibuat.

Dia bagaimanapun terkejut apabila dimaklumkan borang permohonan diserahkan kepada JKKKP Tanpa Mukim Dun itu belum dihantar kepada pihak berkenaan.

Zamzuri pula berkata, masalah Mat sudah dipanjangkan kepada JKM namun, agensi kerajaan itu meminta supaya ahli keluarga bekas pesara itu datang membuat permohonan di pejabat.

“Saya cuma harap kakitangan JKM dapat datang rumah Che Yam kerana dia susah nak pergi ke pejabat sebab Pak Mat perlukan penjagaan sepanjang masa.

“Melihat keadaan Pak Mat, saya berpendapat dia layak dapat bantuan pesakit terlantar. Bagaimanapun, tertakluk pada kelulusan JKM,” katanya.

Mengulas permohonan SVTB1M, Zamzuri berkata, dia akan minta bantuan Ketua Gerak Gempur Pendaftaran Ahli Persatuan Veteran Tentera Tidak Berpencen (PVTTB) Parlimen ini, Mohd Noor Sulaiman. – Sinar Harian

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: