Projek Lembah Sireh Janji Tidak Ditepati

AMIRUL HAFIZ :

602804_4117766986990_301897317_nKOTA BHARU – “Ini satu penganiayaan dan penipuan kepada rakyat negeri ini” demikian reaksi Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Mustapa Mohamad berkenaan projek pembangunan dan pengindahan tebing Sungai Kelantan di Lembah Sireh, di sini.

Beliau berkata, kegagalan kerajaan negeri melaksanakan projek tersebut sehingga mengambil masa lebih dari 10 tahun itu menunjukkan kredibiliti kerajaan BN lebih berintegriti berbanding Pas biarpun telah menerajui negeri ini sejak 22 tahun.

“Banyak janji tapi tidak ditunaikan. Ini satu perkara serius. Kita baca hari ini pula hendak dilanjutkan ke tahun 2020. Ini satu penganiayaan dan penipuan kepada rakyat negeri ini.

“Sepatutnya kita (sebagai rakyat Kelantan) sudah dapat merasai segala kemudahan yang dijanjikan menerusi projek-projek tersebut,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas laporan sebuah akhbar hari ini yang menyebut kerajaan Pas Kelantan bercadang untuk menyambung projek tersebut ke tahun 2020.

Difahamkan, projek pembangunan tersebut bermula pada 2007 tetapi hanya baru terlaksana sebanyak lima peratus.

Mustapa berkata, Pas hanya bijak menabur janji manis kepada rakyat dengan projek mega namun tidak berkemampuan untuk melaksananya memandangkan kerajaan itu tidak mempunyai pelan strategik dalam soal pembangunan.

“Mengikut maklumat, yang kenyang perut adalah pengarah-pengarah syarikat terbabit. Penipuan atas daratlah (penipuan secara teranga-terangan) kepada rakyat kelantan,” tambahnya.

Laporan Ketua Audit Negara 2011 mendedahkan projek tersebut penuh dengan pelbagai kelemahan meragukan berikutan masih terlalu banyak yang dijanjikan gagal dilaksanakan.

Pada Julai 2003, Kerajaan Pas Kelantan secara rasminya telah memeterai perjanjian dengan sebuah syarikat pemaju melibatkan jumlah pelaburan mencecah RM2 bilion bagi melaksanakan projek pembangunan dan pengindahan tebing Sungai Kelantan di Lembah Sireh, Kota Bharu.

Melalui perjanjian yang dimeterai ini Kerajaan Pas Kelantan perlu menyerahkan kira-kira 1,000 ekar tanah kepada pihak syarikat dan sebagai syarat serta balasannya, syarikat terbabit perlu memberi sumbangan dalam bentuk kewangan dan pembangunan fizikal yang bernilai lebih RM350.00 juta.

Antara pembangunan fizikal yang dijanjikan adalah Projek pembinaan masjid yang bernilai bernilai RM20 juta, Jambatan Palekbang (RM150 juta) dan stadium tertutup wanita bernilai RM25 juta.

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: