Tok Pa Berjalan Kaki Temui Masyarakat Cina

AMIRUL HAFIZ :

IMG_3652KOTA BHARU – Gelombang kebangkitan rakyat khususnya bagi masyarakat Cina negeri ini kian teserlah menjelang Pilihan Raya Umum 13 (PRU13).

Suasana ini dapat dilihat apabila kira-kira 2,000 masyarakat terbabit  membanjiri Jalan Kebun Sultan bagi menyambut kunjungan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Mustapa Mohamad dalam program Ramah Mesra Pemimpin bersama rakyat sempena sambutan Tahun Baharu Cina.

Mustapa diiringi dengan kibaran bendera BN dan laungan ‘hidup BN’ selain tarian singa.

Beliau melengkapi program berkenaan menemui seluruh masyarakat Cina dengan berjalan kaki di seluruh kawasan terbabit termasuk mereka yang sedang berada di kedai-kedai kopi sekitar.

Irama muzik tarian singa yang memecah segenap ruang sekitar tatkala Mustapa membahagi-bahagikan limau mandarin kepada masyarakat terbabit menambahkan lagi keceriaan majlis malam itu.

Malah sikap rendah diri Mustapa yang lebih mesra dengan panggilan Tok Pa terus mempamit keterujaan masyarakat itu apabila semua lapisan masyarakat disapanya dengan penuh ramah.

Dari Jalan Kebun Sultan beliau berjalan kaki kira-kira 300 meter ke Pasar Pohon Pinang yang terletak di tengah-tengah bandar untuk menemui peniaga-peniaga cina di lokasi terbabit.

Di pasar terbabit beliau disambut lebih daripada 1,000 pengunjung yang terdiri daripada masyarakat Tionghoa sedang membeli-belah bagi persiapan sambutan Tahun Baharu Cina.

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: