PM Rai Warga Tua, OKU Dan Anak Yatim Sempena Tahun Baharu Cina

dn_41.1KAJANG  – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini meluangkan masa meraikan warga tua, golongan orang kurang upaya (OKU) dan anak yatim yang menghuni lima rumah kebajikan sekitar Selangor dalam satu jamuan teh sempena sambutan Tahun Baharu Cina.

Najib, yang hadir bersama anak bongsunya, Nor Ashman meluangkan masa hampir sejam pada majlis anjuran Barisan Nasional (BN) Selangor itu.

Lebih meriah, Perdana Menteri bersama lebih 500 tetamu turut menggaul yee-sang, sajian yang melambangkan kebaikan dan kemakmuran.

Rousiianna Karina Lim, 71, dari Rumah Sri Kenangan di Cheras menyifatkan pertemuan dengan Najib sebagai suatu hasrat yang tertunai.

“Ini pertama kali saya jumpa Datuk Seri Najib, dan saya amat gembira kerana saya memang ingin bertemu beliau,” katanya yang duduk di sebelah Najib pada majlis itu.

Awang Abdullah, 71, seorang bekas askar, turut mengakui teruja bertemu pemimpin nombor satu negara itu dan sempat berterima kasih kepada Najib, yang memberi angpau kepadanya.

Perasaan sama turut dikongsi John Areng, 71, yang juga pertama kali bertemu Najib dan menyifatkannya satu pertemuan bermakna, terutama dengan kehadiran Tahun Baharu Cina esok. – BERNAMA

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: