Sabotaj Parti: UMNO Kelantan Sambut Baik Pelantikan Wakil Jawatankuasa Disiplin

mailBACHOK – UMNO Kelantan menyambut baik dan menyokokng penuh keputusan parti untuk menempatkan wakil Jawatankuasa Dispilin di setiap bahagian UMNO di negeri ini bagi mengelakan wujudnya perbuatan mensabotaj dan mengkhianati parti, kata Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan, Datuk Dr Awang Adek Hussin.

Beliau yang juga Ahli Majlis Tertinggi berkata, penubuhan itu adalah salah satu insiatif parti yang baik dalam usaha mengekang permasalahan itu menjelang pilihanraya umum ke 13 tidak lama lagi.

“UMNO Bachok bukan sahaja menyambut baik tetapi menyokong penuh keputusan yang dibuat oleh Majlis Tertinggi dalam mesyuarat sebelum ini kerana ia adalah formula kejayaan pilihanraya.

“Ia bukan sahaja akan mengawal dan memantau kegiatan yang berkaitan dengan parti yang secara tidak langsung dapat mengelakkan berlakunya kegiatan mengkhianati dan mensabotaj parti,” katanya kepada DetikPerubahan.com di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang bersetuju untuk melantik seorang wakil Jawatankuasa Dispilin di bahagian-bahagian UMNO.

Kelmarin Najib dilaporkan berkata, seorang wakil Jawatankuasa Disiplin akan dilantik di bahagian-bahagian UMNO sebagai usaha mengelakkan tindakan khianat dan sabotaj dari dalam parti menjelang pilihan raya umum akan datang.

Beliau berkata, wakil yang dipilih itu akan ditapis dalam kalangan tujuh perwakilan bahagian yang menghadiri Perhimpunan Agung UMNO November lalu dan pelantikan itu akan dilaksanakan Jawatankuasa Disiplin UMNO yang dipengerusikan Tan Sri Tengku Ahmad Rithaudeen Tengku Ismail dan wakil yang dipilih pula merupakan ahli yang tidak mempunyai jawatan dalam parti.

Sehubungan itu, Awang Adek yang juga Ketua UMNO Bahagian Bachok berkata, UMNO Bahagian Bachok melancarkan teras perjuangan parti itu yang berasaskan 5S iaitu sepakat, serius, sungguh, setia dan sabar.

Katanya, ia adalah pertama seumpamanya di Malaysia yang aman setiap jentera akan berpegang kepada prinsip atau teras pejuangan itu.

“Kita telah melancarkan teras atau prinsip pilihanraya yang akan menjadi asas perjuangan UMNO Bahagian iaitu 5S. Pertamanya ialah sepakat yang mana kita baik ahli, jentera mahupun pemimpin perlu bersatu padu, sehati sejiwa dalam usaha mengukuhkan dan menguatkan parti. Bersatu kita teguh bercerai kita roboh.

“Seterusnya kita mesti serius. Serius bekerja untuk parti. Kita nak kemenangan jadi kita mesti kerja kuat bila kita kerja kuat ia akan melibatkan servis atau perkhidmatan. Ia penting kerana  melalui servis ini kita kena tolong rakyat. Bagi perkhidmatan terbaik kepada parti, ahli dan rakyat. Sebab itulah servis ini cukup penting,” katanya.

Selain itu beliau berkata, ahli UMNO juga perlu bersungguh, setia dan sabar dalam memastikan kejayaan menjadi milik parti.

“Kita mesti bersungguh atau sepenuh hati bersedia berkhidmat dan setia dengan parti. Jangan kerana tak dapat projek, kita nak lompat parti. Jangan kerana kita tak dapat apa yang kita nak atau minta kita nak tinggalkan parti.

“Jangan tak dapat sikit yang diminta kita sudah pilih untuk berceramah di pentas pembangkang. Itu tak setia…kita kena setia dalam keseriusan dan kesetiaan ini mungkin kadang-kadang kita juga akan kecewa oleh itu kita kena sabar,” katanya.

Awang Adek sebelum ini berkata, UMNO Bahagian Bachok tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pemimpin dan ahlinya yang mensabotaj parti dalam usaha mengukuhkan jentera menghadapi pilihanraya tidak lama lagi.

Katanya, pihaknya kini sedang memantau dan menyiapkan laporan berhubung tindakan segelintir ahlinya yang didakwa mensabotaj parti dengan bersama-sama berceramah di pentas pembangkang.

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: