11 Beranak Diami Rumah Daif

imageKUALA KRAI – Sebuah keluarga 11 beranak di Kampung Bukit Sireh, dekat sini, hidup dalam keadaan tidak selesa apabila terpaksa tinggal di sebuah rumah pusaka usang yang tidak mampu dibaiki kerana dihimpit kemiskinan.

Keadaan rumah itu cukup daif dengan banyak papan lantai bergerak-gerak apabila dipijak manakala sebuah bilik tidak dapat digunakan kerana tiang rumah serta papan reput dimakan anai-anai.

Dengan hanya satu bilik tidur dan ruang tamu kecil, ruang yang ada di rumah itu terlalu padat untuk didiami 11 anggota keluarga terutama untuk tidur di waktu malam.

Mohamad Rosli, 50, yang menghidap penyakit tuberkulosis (TB) berkata, walaupun tidak selamat dan kurang selesa, mereka sekeluarga tidak ada pilihan melainkan terus tinggal di rumah itu.

“Selepas kematian mentua saya, rumah ini ditinggalkan kosong agak lama, jadi keadaan rumah sudah uzur bila kami sekeluarga pindah ke rumah ini dan bila ada duit, saya baiki sikit-sikit.

“Penyakit TB menyebabkan saya tak boleh buat kerja berat manakala isteri pula bekerja ambil upah di tapak semaian dengan pendapatan RM15 sehari,” katanya, kelmarin.

Rumah papan berusia lebih 30 tahun itu didiami Mohamad Rosli bersama isteri, Siti Fatimah Loman dan sembilan anak mereka berusia antara dua bulan dan 23 tahun.

Mohamad Rosli berkata, kesusahan keluarganya bertambah apabila bantuan sebanyak RM450 diterima isterinya daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebelum ini, dihentikan sejak setahun lalu.

“Bantuan itu dipotong atas alasan saya gagal memberikan surat pengesahan doktor mengenai penyakit saya,” katanya yang ada empat anak masih bersekolah.

Menurutnya, pendapatan dia dan isteri tidak cukup untuk sara hidup mereka sekeluarga dan bantuan JKM itu amat diperlukan terutama bagi menampung belanja persekolahan anaknya.

“Saya amat harapkan simpati JKM untuk kaji semula keputusan menghentikan bantuan bulanan ini kerana kehidupan kami masih serba kekurangan,” katanya.- Sinar Harian

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: