Calon Tidak Kira Kaum Formula Sejak Zaman Perikatan

imagesSHAH ALAM – Pemimpin Barisan Nasional (BN) menegaskan amalan menyokong calon BN tanpa mengira kaum merupakan formula yang digunakan sejak zaman Parti Perikatan lagi.

Timbalan Pengerusi Tetap Umno, Datuk Mohamad Aziz berkata, disiplin ini telah diterapkan di setiap penyokong BN dan akan digunakan dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), nanti.

“Ini tidak menjadi masalah kepada BN, kerana jika di kawasan A, calon BN adalah orang Melayu, di kawasan B, kita akan letak calon bukan Melayu.

“Konsep 1Malaysia yang telah diterapkan memudahkan lagi disiplin ini digunakan,” katanya, semalam.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Sri Gading berkata demikian ketika diminta mengulas saranan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang meminta rakyat mengenepikan sentimen perkauman dalam menyokong calon BN pada PRU13.

Sementara itu, Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Tun Mahathir berkata, formula kongsi kuasa BN ini telah diterima rakyat sejak zaman kemerdekaan lagi.

Mukhriz berkata, orang Melayu masih memerlukan sokongan daripada kaum lain untuk terus kekal relevan di negara ini.

“Itu sememangnya formula kongsi kuasa yang diamalkan oleh BN sejak Perikatan lagi.

“Ini penting untuk memastikan semua kaum diwakili dalam kerajaan.

“Melayu yang majoriti memenangkan calon kaum lain dari BN, yang mungkin tak akan menang kalau hanya bergantung kepada undi satu kaum saja,” katanya. – Sinar Harian

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: