Jambatan Pasir Hor Dibuka

imageKOTA BHARU – Kerajaan Pusat membelanjakan kira-kira RM33.5 juta untuk menyiapkan bagi memberi kemudahan kepada pengguna jalan raya mengelak kesesakan di kawasan terbabit.

Jambatan sepanjang 1.6 kilometer membabitkan pembinaan 600 meter di atas paras tanah itu, diharap dapat memberikan manfaat kepada rakyat di negeri ini, memandangkan kawasan terbabit merupakan persimpangan yang sibuk terutama ketika waktu puncak dan terletak berhampiran pusat bandar.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, projek terbabit yang bermula sekitar Mei 2008 lalu, mengalami kelewatan memandangkan timbul beberapa masalah termasuk pengambilan tanah serta kerja-kerja untuk mengalih satu paip besar di kawasan itu.

“Mengikut perancangan 2011, jambatan itu sepatutnya sudah siap sepenuhnya pada tahun berkenaan, tetapi oleh kerana masalah pengambilan tanah yang merumitkan serta kerja-kerja mengalihkan utiliti terbabit yang mengambil masa yang panjang, maka projek ini tergendala kira-kira dua tahun.

“Walaupun mengalami kelewatan, namun kita bersyukur kerana projek ini dapat disiapkan dan ia akan memberi manfaat kepada rakyat Kelantan, memandangkan kawasan berkenaan merupakan persimpangan jalan dan sering berlaku kesesakan lalu lintas,” katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian jambatan terbabit semalam.

Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata, Kerajaan Pusat tidak pernah meminggirkan rakyat Kelantan walaupun di bawah pemerintahan Pas dan terbukti pembinaan jambatan ini juga dapat memberi keselesaan kepada seluruh penduduk di Kelantan.

“Projek ini penting dan ia bakal memberi manfaat kepada orang ramai malah untuk beberapa kelompok pengguna yang menggunakan laluan ini ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, yang dahulunya sering terperangkap dalam kesesakan lalu lintas untuk melepasi lampu isyarat.

“Dengan adanya jambatan ini, ia memudahkan pengguna melalui jambatan itu tanpa sebarang kesesakkan dan terus sahaja ke HUSM dan pusat membeli belah Mydin di samping memudahkan pengguna ke Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa,” katanya.

Dalam perkembangan yang sama beliau berkata, bagi melancarkan perjalanan di atas jambatan itu, Kerajaan Pusat sedang berusaha untuk mendapatkan peruntukkan bagi membesarkan jambatan itu daripada dua lorong kepada empat lorong.

“Jadi pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) perlu membuat permohonan kepada ibu pejabat untuk besarkan jambatan dua lorong yang sedia ada kepada empat lorong dengan keluasan lebih 100 meter.

“Ini bagi meningkatkan keselesaan pengguna jalan raya di Kota Bharu disamping dapat memperkenalkan satu lagi mercu tanda di Kelantan. – Sinar Harian

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: