Media Sosial Tangkis Fitnah Pembangkang

Oleh RAITINI RAHMAN :

pix_gal0KOTA BHARU – UMNO Kelantan menyambut baik komitmen dan peranan yang dimainkan pengamal media sosial dalam usaha menangkis setiap fitnah yang dilemparkan pembangkang serta memperbetulkan penyelewengan yang berlaku di negeri ini, kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamad.

Beliau berkata, media sosial memainkan peranan penting dalam mengembleng tenaga parti untuk memberikan penjelasan kepada golongan muda mengenai perkembangan setiap isu yang berlaku di negeri ini.

“Mereka begitu bersemangat untuk membantu dan memainkan peranan dalam media sosial. Sebagaimana kita tahu pelajar institusi pengajian tinggi ataupun anak muda di Kuala Lumpur dan seluruh dunia mengikuti perkembangan di dalam media sosial.

Malam ini kita lihat komitmen yang tinggi di kalangan semua mereka untuk bersama dengan UMNO. Ini satu komitmen yang luar biasa. Saya kira ini sudah pasti satu perkara yang dapat membantu gerak kerja kami di Kelantan ini,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas majlis ramah mesra Rakan Tok Pa di sini, malam tadi.

Hadir sama pada majlis itu Ketua Penerangan UMNO Kelantan, Datuk Dali Husin, Bendahari UMNO negeri, Datuk Hanafi Mamat, wakil pelbagai NGO serta 350 pengamal media di negeri ini.

Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata, beliau amat kagum dengan semangat yang ditunjukkan oleh pengamal media sosial yang dilihat begitu komited untuk membantu UMNO mencapai kemenangan di negeri ini pada pilihanraya akan datang.

“Kita UMNO Kelantan mengakui betapa besarnya peranan media sosial dalam mengemblengkan tenaga parti khususnya anak muda untuk menangkis segala fitnah dan mematikan isu secara agresif. Mereka juga berperanan untuk memperbetulkan segala penyelewengan yang berlaku di Kelantan ini.

“Ia juga untuk mempastikan tidak berlaku kezaliman kepada rakyat. Saya ucapkan tahniah kepada NGO-NGO yang berhimpun pada malam ini.

“Masa sudah tidak banyak dalam setahun ini saya dapati terdapat peningkatan yang ketara dari segi kandungan, dari segi pendekatan dan strategi. Saya minta mereka memperhebatkan lagi aktiviti mereka di laman sosial ini,” katanya.

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: