Papan Tanda Sepanjang Jalan Dikebas

imageGUA MUSANG – Sekurang-kurangnya terdapat 10 papan tanda penunjuk jalan yang dipasang sepanjang Jalan Gua Musang ke Kuala Krai lesap dipercayai perbuatan penagih dadah.

Kebanyakan papan itu terletak jauh dari penempatan penduduk dan dipercayai dilakukan mereka yang tinggal di luar Gua Musang.

Kegiatan itu dipercayai dilakukan waktu malam hingga awal pagi ketika keadaan jalan sunyi.

Seorang pengguna jalan, Kamarudin Yaacob, 54, berkata, berikutan kehilangan itu, kebanyakan pengguna keliru bagi mendapat petunjuk perjalanan terutama membabitkan destinasi yang belum pernah dikunjungi.

Dia bimbang jika perkara ini tidak dikawal dan dipantau, kemungkinan lebih banyak kerosakan terjadi hingga menyusahkan orang ramai.

“Kalaulah papan tanda menjadi sasaran, kemungkinan benda lain yang besar lagi akan menjadi pilihan berikutan semakin hari lebih banyak harta awam musnah digeledah individu tidak bertanggungjawab itu.

“Mungkin mereka yang mencuri berkenaan berpura-pura menyamar pekerja kontrak membersihkan papan terbabit bagi mengelak dicekup pihak berkuasa sebelum membawa lari papan yang dicabut itu,” katanya.

Saudi Mamat, 47, pula berkata, walaupun ada pengguna jalan pernah terserempak dengan individu terbabit, mereka takut menegur kerana mengelak berdepan risiko.

Beliau sendiri mengakui pernah terserempak beberapa lelaki yang sedang mencuci papan itu sebelum ini, dan tidak pasti mereka adalah benar-benar pekerja atau sebaliknya.

“Kini pengguna jalan itu semakin sukar mengetahui jarak perjalanan destinasi kerana banyak papan tanda jalan hilang dipercayai menjadi sasaran pencuri berikutan harga besi mahal di pasaran,” katanya. – Sinar Harian

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: