Peserta Ladang Rakyat: ‘Mana Janji Kerajaan Kelantan Pada Kami’

Penyelewengan-Ladang-Rakyat-Di-Kelantan-TerbongkarGUA MUSANG – Isu Ladang Rakyat yang menghantui penduduk di Hulu Kelantan rupanya tidak pernah selesai malah ia semakin menimbulkan banyak tanda tanya yang memerlukan penjelasan kerajaan Kelantan pimpinan Pas.

Sejak diperkenalkan pada 2006, isu Ladang Rakyat terus panas kerana didakwa tanah yang diambil atas nama pembangunan pertanian itu tidak pernah direstui penduduk.

Ada penduduk yang mendakwa tanah yang diusahakan mereka sejak berpuluh tahun dan merupakan sumber rezeki mereka selama ini dirampas begitu sahaja tanpa sebarang pampasan dan penjelasan.

Bukan sahaja penduduk tempatan yang merasakan diri mereka tertipu dengan permainan itu tetapi ia juga melibatkan masyarakat Orang Asli yang mendakwa tanah yang diambil itu merupakan tanah adat mereka.

Terbaharu, peserta Ladang Rakyat sendiri pula mengeluh dan menuntut kerajaan negeri terutama Perbadanan Pembangunan Ladang Rakyat melunaskan janji terhadap mereka sejak 2008 lagi.

Bagi mereka ia merupakan satu penipuan dan demi menuntut kebenaran, mereka sanggup membawa kes itu sehingga ke muka pengadilan.

Bagi 56 peserta Ladang Rakyat di Paloh 4 yang membabitkan tanah seluas hampir 400 hektar di sini, janji untuk diberikan tanah 4 hektar dan sebidang tanah bagi membina rumah untuk setiap seorang diibaratkan seperti menunggu buah yang tidak gugur.

Mereka juga turut dijanjikan menerima gaji RM750 sebulan dan insentif lain yang dikira mereka mampu untuk meneruskan kehidupan bersama keluarga.

Harapan peneroka generasi kedua dan ketiga itu dilihat semakin kusut apabila melihat ladang berkenaan yang ditanam pokok kelapa sawit seolah-olah menjadi “ladang hantu” tanpa diselenggara sejak tiga tahun lalu.

Lebih membingungkan hanya ada kira-kira lima atau enam pekerja rakyat asing termasuk tempatan yang diletakkan menjaga ladang seluas mata memandang itu.

Bagi Mustafa Mohd Daud, 60, harapan untuk melihat anaknya diberi sijil perakuan sebagai peserta generasi kedua dan ketiga oleh perbadanan itu mungkin lebur.

“Pakcik ada keluarga yang besar dengan dua anak sudah berkeluarga..cuba bayangkan semuanya 16 orang tinggal dalam satu rumah tiga bilik ini. Kalau seorang anak pakcik diterima duduk (menjadi peserta generasi kedua dan ketiga) di ladang ini legalah pakcik.

“Pakcik rasa ini tipu belaka. Tipu anak pakcik macam tipu pakcik jugalah. Semuanya untuk berpolitik bagi menggelapkan mata kami ketika tanah ini diambil kononnya ia untuk kami juga,” katanya.

Beliau berkata seorang anaknya yang ditawarkan menjadi peneroka benar-benar merasa tertipu apatah lagi janji yang dibuat pada ketika itu hanya untuk meredakan kemarahan kerana tanah yang diambil selain bertujuan memancing undi ketika pilihan raya umum ke-12 lalu.

“Dulu tok guru (Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) kata tanah ini hak tuhan dan boleh sesiapa sahaja untuk menerokanya. Saya jahil tapi saya tahu halal haram kalau janji menipu ini,” katanya.

Ketua peserta Mohd Fauzi Mohamad, 43, yang merupakan bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan Bahagian Gua Musang berkata kesemua peneroka yang mendapat sijil perakuan sebagai peserta itu merupakan penyokong kuat pembangkang.

“Semua kami ditemuduga exco-exco kerajaan negeri ketika itu untuk dipilih menjadi peneroka. Janji mereka selepas tiga tahun, semua ini akan kami dapat. Mana dia janji mereka? Malah ladang semakin semak,” katanya.

Beliau bersama peneroka yang lain bercadang untuk membuat laporan polis dan mengheret mereka yang berjanji itu ke muka pengadilan termasuk membawa isu itu ke pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

“Kami sudah tidak percayakan kerajaan negeri yang dipimpin Pas lagi. Cukuplah mereka memperdayakan kami,” katanya.

Rakannya yang hanya mahu dikenali sebagai Ripin, 30an, berkata pada 2008, beliau ditawarkan tanah ladang seluas 4.046 hektar serta sebidang lot rumah oleh kerajaan negeri, namun sehingga kini janji tinggal janji.

“Kerajaan negeri berjanji dalam masa tiga tahun nak serah tapak ladang dan rumah, tapi sampai sekarang tak dapat apa-apa. Saya sekarang tinggal menyewa di Paloh 2 bersama isteri dan tiga anak yang berusia di antara 12 tahun dan 10 bulan,” katanya.

Ripin berkata jika kerajaan negeri menunaikan janji tersebut, kehidupannya sekeluarga bakal berubah kerana ladang kelapa sawit seluas lebih empat hektar tersebut boleh mengeluarkan dua tan sawit setiap bulan.

Sementara itu, Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Paloh, Datuk Nozula Mat Diah mendakwa bukan sahaja peneroka yang teraniaya dengan cara pembahagian tanah oleh kerajaan negeri, malah agensi kerajaan, terutama Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) turut menerima tempias.

“Kerajaan negeri menganggap tanah itu tanah dia sedangkan sudah dibayar premium (oleh Kesedar), dan bukannya premium ini dibayar setahun dua, tapi sudah berpuluh-puluh tahun, sudah menjadi hak Kesedar sepatutnya,” katanya.

Nozula berkata kerajaan negeri sepatutnya menyerahkan pembangunan Ladang Rakyat tersebut kepada Kesedar ataupun Felda jika mereka tidak mempunyai kemampuan untuk mengurus atau melaksanakan program tersebut agar ia dapat memberi manfaat kepada peserta.

“Dari dahulu lagi kita bangkitkan kepada kerajaan negeri banyak tanah-tanah kerajaan negeri yang tergadai tetapi tidak mendapat hasilnya kepada rakyat Kelantan. Kita bagi contoh Umno telah melaksanakan perancangan tanah Felda, Kesedar, dan beri manfaat kepada beribu-ribu rakyat,” katanya.

Justeru, beliau menyeru agar rakyat Kelantan bangkit mengubah landskap politik di negeri ini dengan memberi sokongan kepada Barisan Nasional (BN) yang telah terbukti melaksanakan pelbagai program untuk kesejahteraan rakyat.

Bagi Adun Nenggiri Mat Yusoff Abd Ghani, kerajaan negeri sering tidak mendengar keluhan masyarakat apabila sesuatu isu timbul, terutama berkaitan
pengambilan tanah di beberapa tempat di negeri ini.

“Rakyat mengeluh, memberontak, namun kerajaan negeri buat tak endah. Mereka tak dengar suara rakyat. Ramai penduduk di sebelah utara Kelantan datang ke sini untuk teroka tanah, tapi akhirnya dirampas walaupun premium telah dibayar,” katanya.

Sementara itu, Presiden Orang Muda Berpadu Anti Korupsi (Ombak), Wan Khairul Ihsan Wan Mohamad bersedia membantu para peneroka yang merasakan diri mereka tertipu itu ke muka pengadilan.

“Kami sedih rakyat yang juga peneroka generasi kedua ini telah diperdaya begini rupa dan kami bersedia menyediakan khidmat guaman kepada mereka,”
katanya.

Beliau meminta rakyat sedar akan tindakan kerajaan Kelantan yang sememangnya tidak berupaya membangunkan Kelantan dan isu Ladang Rakyat itu merupakan antara contoh kegagalan yang nyata,” katanya. – Bernama

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: