Projek Lembah Sireh Dipertikai

imageKOTA BHARU – Umno Kelantan hari ini mempertikaikan keupayaan kerajaan Kelantan pimpinan Pas untuk menunaikan janjinya membangunkan kawasan Lembah Sireh di sini.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, sewajarnya rakyat Kelantan sudah merasai nikmat pembangunan di Lembah Sireh itu yang mula dilaksanakan sejak 2007.

“Banyak janji tapi tidak ditunaikan. Ini satu perkara serius. Kita baca hari ini projek itu hendak dilanjutkan ke tahun 2020. Ini satu penganiayaan dan penipuan kepada rakyat negeri ini,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada 1,000 penerima di Sekolah Kebangsaan Chica Menyabung di sini, semalam.

Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri mengulas laporan sebuah akhbar semalam bahawa kerajaan negeri akan menyambung projek di Lembah Sireh itu sehingga 2020.

Pada Julai 2003, kerajaan negeri telah memeterai perjanjian dengan sebuah syarikat pemaju melibatkan jumlah pelaburan mencecah RM2 bilion bagi melaksanakan projek pembangunan dan pengindahan tebing Sungai Kelantan di Lembah Sireh.

Melalui perjanjian yang dimeterai ini Kerajaan Kelantan perlu menyerahkan kira-kira 1,000 ekar tanah kepada pihak syarikat dan sebagai syarat balasannya, syarikat terbabit perlu memberi sumbangan terutama dalam bentuk pembangunan fizikal bernilai lebih RM350 juta.

Antara pembangunan fizikal yang dijanjikan adalah projek pembinaan masjid bernilai RM20 juta, Jambatan Palekbang (RM150 juta) dan stadium tertutup wanita bernilai RM25 juta.

Laporan Ketua Audit Negara 2011 mendedahkan projek tersebut penuh dengan pelbagai kelemahan meragukan berikutan masih terlalu banyak yang dijanjikan gagal dilaksanakan.

Mustapa berkata, ini menunjukkan kredibiliti kerajaan BN lebih berintegriti berbanding Pas biarpun telah diberi mandat memerintah Kelantan sejak 22 tahun lalu.

Beliau berkata jika benar projek pembangunan di situ baru mencapai lima peratus pelaksanaannya, ia membuktikan kelemahan ketara dan kegagalan kerajaan Kelantan.

“Yang menjadi mangsa adalah kita sebagai rakyat Kelantan yang terus hanyut dengan janji-janji manis mereka yang sebenarnya tidak berkemampuan untuk melaksanakan projek yang dianggap besar ini.

“Mengikut maklumat (yang diterima), yang kenyang perut adalah pengarah-pengarah syarikat terbabit. Penipuan atas daratlah (penipuan secara terang-terangan) kepada rakyat Kelantan,” katanya.  – BERNAMA

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: