PRU13: PDRM Yakin Tidak Akan Ada ‘Arab Spring’

imagePASIR PUTEH –  Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan bertindak jika terdapat campur tangan pihak asing semasa Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang dijangka diadakan dalam tempoh terdekat.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Datuk Seri Salleh Mat Rasid berkata, sehingga ini polis sedang memantau kemungkinan itu.

“Setakat ini tiada maklumat pihak asing campur tangan dalam hal berkenaan,” katanya kepada pemberita selepas mendengar taklimat mengenai keselamatan jalan
raya di Ibu Pejabat Polis Daerah di sini semalam.

Turut hadir Timbalan Ketua Polis Kelantan Datuk Mazlan Lazim dan ketua polis daerah.

Beliau diminta mengulas kebimbangan sesetengah pihak tentang kemungkinan berlaku campur tangan asing dalam PRU-13 berasaskan keadaan politik semasa.

Mengenai kebimbangan kemungkinan pihak pembangkang melakukan kegiatan ‘Arab Spring’ jika tewas pada PRU13, beliau yakin ia tidak berlaku kerana tahap
kesedaran rakyat terhadap kepentingan keselamatan negara semakin meningkat.

Katanya polis sudah siap sedia untuk menghadapi PRU13 dan akan memberi kerjasama penuh kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengikut undang-undang
yang digariskan.

Beliau berkata, polis juga memerlukan kerjasama orang ramai bagi membolehkan proses pilihan raya di negara ini berjalan lancar tanpa sebarang kejadian tidak
diingini. – Bernama

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: