Buruh Kena 50 Jahitan Akibat Diserang Harimau

imageGUA MUSANG – Seorang buruh ladang warga Indonesia nyaris maut apabila diserang seekor harimau kumbang ketika sedang menjalankan kerja meracun rumput dalam kawasan ladang sawit di Tanah Rancangan Felda Perasu, dekat sini, pagi semalam.

Bagaimanapun, dalam kejadian kira-kira jam 8.30 pagi itu, Alip Abil, 33, cedera di badan, lengan kanan, tangan kiri, kepala dan punggung akibat dicakar harimau sebesar kambing dengan ketinggian kira-kira 1.3 meter dan terpaksa menerima 50 jahitan semasa mendapat rawatan di Hospital Gua Musang (HGM).

Sebelum kejadian, mangsa bersama enam rakan yang lain sedang bekerja meracun rumput di lorong dalam kawasan ladang sawit blok dua secara berasingan sebelum bunyi suara harimau mengaung dengan kuat.

Katanya, ketika itu dia seorang diri dalam satu lorong dan terkejut diterkam harimau itu hingga terpaksa bergelut selama 15 minit sebelum mendapat bantuan seorang rakanya, Nuradi Marsudi, 26, selepas terdengar jeritan kuat meminta tolong darinya.

“Saya tidak tahan dengan kekuatan harimau itu yang menyerang dan mencakar bahagian punggung, dada, lengan kanan dan kepala dalam keadaan berlumuran darah sebelum saya menjerit meminta tolong.

“Nuradi bergegas ke arah saya dan terus mencari kayu tajam menjolok kayu berkenaan ke dalam  mulut harimau kerana ketika itu harimau terbabit cuba menggigit tengkuk saya walaupun dia ditindih dengan kuat dalam keadaan tertiarap,” katanya ketika ditemui di rumah kongsinya di tanah rancangan itu selepas menerima rawatan di HGM.

Alip berkata, ketika kejadian itu juga tong racun yang berada belakangnya menjadi penyelamat ketika dia diterkam dari arah belakang dan jika tidak dia sudah pasti berdepan dengan maut.

Katanya, sebaik bergelut dengan binatang berkenaan, dia cuba menahan kuku harimau itu mencakar bahagian badannya, tetapi tidak sempat kerana ia berlaku terlalu pantas menyebabkan terus terjatuh.

“Nasib baik Nuradi cepat bertindak kerana semasa itu saya hampir habis tenaga untuk mempertahankan diri dan terasa sakit yang amat sangat di lengan kanan,” katanya.

Nuradi pula berkata, sebaik dia menjolok kayu tajam ke dalam mulut harimau itu bagi menyelamat Alip, harimau kumbang itu bangun dan cuba menyerangnya pula, tetapi sempat mempertahankan diri dengan kayu itu.

“Saya pada mulanya ingat babi hutan menyerang Alip, tetapi apabila menghampirinya ternampak harimau kumbang ditindih Alip yang cuba mempertahankan diri daripada terus dicakar,” katanya. – Sinar Harian

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: