Himsak Bakal Lancar Tabung Pendidikan Bantu Pelajar Kelantan

logo himsak blogKOTA BHARU – Himpunan Siswazah Kelantan (Himsak), sebuah badan bukan kerajaan akan melancarkan Tabung Pendidikan Anak Desa Kelantan bagi membantu pelajar di negeri ini yang tidak dapat menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akibat masalah tertentu termasuk kewangan.

Presidennya, Mohd Faizal Daud berkata, inisiatif itu dirangka selepas kaji selidik di beberapa daerah di negeri ini mendapati ada pelajar lepasan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dengan keputusan cemerlang tercicir dan tidak menduduki peperiksaan SPM atas beberapa sebab.

“Antara situasi yang sering kita dengar termasuklah pendapatan keluarga yang masih berada di paras kemiskinan, sekaligus mengganggu tumpuan pelajar tersebut kepada SPM dan mendapat keputusan kurang memberangsangkan walaupun cemerlang dalam PMR.

“Justeru, pelajar tersebut yang memenuhi kriteria akan diberi bantuan biasiswa RM50 sebulan sepanjang pengajian mereka di Tingkatan Empat dan Lima,” katanya pada majlis ramah mesra bersama media di sini malam tadi.

Mohd Faizal berkata, penubuhan tabung tersebut turut mendapat restu Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed yang merupakan penaung pertubuhan itu.

Beliau berkata, pada fasa pertama pemberian biasiswa tersebut, 40 pelajar dari negeri ini yang memenuhi kriteria ditetapkan iaitu cemerlang dalam PMR dan sosioekonomi keluarga yang miskin bakal dipilih.

Dalam pada itu, Mohd Faizal berkata, Himsak juga akan mengadakan program jelajah bersama Universiti Teknologi  MARA (UiTM) pada 21 Februari depan di Tanah Merah dan Jeli bagi mencari pelajar-pelajar lepasan SPM yang tercicir daripada memasuki Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA).

“Kita akan kenal pasti pelajar yang tercicir itu dan akan menyenaraikan mereka di bawah program Destini Anak Bangsa anjuran UiTM di mana pelajar ini akan menyambung pelajaran mereka pada peringkat pra-diploma di universiti tersebut.

“Setakat ini Himsak telah membantu kira-kira 1,000 pelajar menyambung pelajaran mereka di bawah program tersebut sejak tiga tahun lepas,” katanya.

Beliau berkata, Himsak kini mempunyai 12,000 anggota anak jati Kelantan yang bernaung di bawah pertubuhan tersebut. – Bernama

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: