JAS, Perhutanan Diminta Jelas Tahap Kerosakan Alam

AMIRUL HAFIZ :

548091_3265184023498_1674269117_nKOTA BHARU – Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Orang Muda Bersatu Anti Korupsi (OMBAK) meminta Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Jabatan Perhutanan Kelantan menjelaskan maklumat tahap kerosakan alam yang berlaku di hulu Kelantan ekoran pembalakan secara berleluasa membabitkan ratusan ribu hektar hutan di kawasan itu sejak beberapa tahun lalu.

Presiden OMBAK Wan Khairul Ihsan Wan Muhammad berkata, kedua-dua jabatan berkenaan tidak wajar membisu untuk menyatakan keadaan sebenar kerana pihaknya mempunyai bukti yang kukuh untuk ditunjukkan.

“Saya ingin memberi peringatan kepada kedua-dua jabatan ini untuk tampil memberi penjelasan, menjawab isu-isu yang membabitkan hutan dan tanah-tanah di negeri ini.

“Saya berkata begini kerana ini adalah jabatan yang harus tampil bercakap. Saya bukan menuding jari menuduh apa-apa tetapi saya utarakan bukti yang ada ini untuk diambil kira oleh pengarah kedua-dua jabatan,” katanya kepada Detikperubahan.com di sini hari ini.

Sebuah akhbar arus perdana hari ini melaporkan keadaan muka bumi di hulu Kelantan yang gondol akibat kerakusan pihak tidak bertanggungjawab mengeluarkan balak di situ tanpa mempedulikan keseimbangan ekosistem dan alam sekitar yang tercemar.

Pembalakan yang berlaku di kawasan berkeluasan sehingga ratusan ribu hektar itu berjaya dikesan oleh OMBAK melalui tinjauan udara pada 8 Februari lalu.

Hasil tinjauan tersebut yang diberi nama sebagai ‘jenayah tanah terancang’ sangat mengejutkan malah pembalak dilihat cuba mengaburi mata masyarakat apabila hanya mengeluarkan kayu-kayan di tengah hutan sebaliknya hutan di tepi jalan raya dan penempatan penduduk dikekalkan.

Kesan pembalakan itu menyebabkan beberapa sungai yang bersambung dengan Sungai Kelantan iaitu Sungai Belatop, Sungai Cenderoh, Sungai Satar, Sungai Nenggiri dan Sungai Berok  telah tercemar teruk.

Wan Khairul Ihsan berkata, terdapat beberapa tempat yang begitu ketara bila dilihat kecerunan bukit selain pembakaran terbuka sedang berlaku di hutan simpan yang digondolkan.

“Kita tahu selalunya pembalakan tidak akan dilakukan di tebing sungai kerana ia adalah hadnya tapi di hulu Kelantan tidak berlaku malah longgokkan balak boleh dilihat di tebing sungai,” katanya.

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: