Jihad Tolak Pas PRU13?

AMIRUL HAFIZ :

Pakatan-Montaj-Flag-300x202TUMPAT – Empat pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang terdiri daripada para ulama, tok guru pondok, imam dan ustaz muda mengisytiharkan bahawa mengundi Pas pada Pilihan Raya
Umum Ke-13 (PRU-13) adalah haram.

NGO tersebut adalah, Minda Pondok, Ustaz Muda Membela Agama dan Tanah Air (Ummati), Ikatan Cendekiawan Islam Kelantan (ICIK) dan Pendita.

Mereka menegaskan bahawa menentang Pas adalah satu jihad kerana mengundi parti itu bermakna memberi sokongan kepada DAP iaitu sebuah parti yang terang-terangan menolak Islam.

Pengasas Pondok Geting, Abdullah Sa’amah yang juga Penasihat Minda Pondok berkata, kegagalan Pas dalam mempertahankan Islam terutama penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam tidak boleh dimaafkan
sama sekali.

“Membiarkan kalimah Allah digunakan seperti itu berdosa dalam hukum. Maknanya kita mesti mempertahankan kalimah Allah dan akidah orang Islam, dalam pilihan raya umum kita mahu perdana menteri dan timbalannya orang Islam maka di sinilah kita berjihad, kita jangan undi Pas.

“Saya mempertahankan isu kalimah Allah berdasarkan rujukan daripada beberapa kitab termasuklah kitab tafsir, tauhid dan fekah.

“Kesemua kitab ini menyebut bahawa kalimah Allah tidak boleh disekutukan, tidak boleh digunakan selain untuk agama Islam, untuk mendaulatkan Islam, ia adalah kalimah suci,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Sehubungan itu, pemimpin NGO terbabit akan menyediakan satu dokumen lengkap berhubung pengisytiharan itu untuk diberikan kepada raja-raja Melayu dan Majlis Fatwa Kebangsaan agar dapat dibincangkan dan menyelesaikan kekeliruan yang ditimbulkan Pas selama ini.

Ahli Jawatankuasa Minda Pondok, Mohd. Syamsul Mohd. Yusoff al-Hafiz berkata, kerjasama Pas dalam pakatan pembangkang yang kononnya atas nama tahaluf siyasi sebenarnya pada nama semata-mata, sebaliknya apa yang berlaku adalah Pas cumalah kuda tunggangan DAP.

“Tahaluf siyasi Pas adalah haram maka wajib kita menolak mereka atas beberapa fakta antaranya Pas bukan parti dominan dalam pakatan dan kerjasama itu dibuat dengan parti DAP yang kita tahu menolak kerajaan Islam.

“Tahaluf siyasi yang sebenar telah jelas kita lihat dalam Barisan Nasional (BN) iaitu UMNO adalah `imam’ manakala MIC dan MCA adalah `makmum’ yang akan bersama-sama berjuang atas arahan imam,” tegasnya.

Manakala Ahli Jawatankuasa Ikatan Cendekiawan Islam Kelantan (ICIK), Mohd. Zawawi Awang berkata, permintaan DAP supaya kalimah Allah digunakan oleh orang bukan Islam sama seperti yang telah berlaku di Indonesia apabila ramai masyarakat Islam negara itu menyokong pemikiran sekular.

Beliau memberikan contoh sebuah video yang dimasukkan ke dalam laman Youtube bertajuk ‘Bible dalam bahasa Arab’ yang dirakam di Institut Teologi Kalimatullah di Jakarta tentang bagaimana seorang pelajar Kristian membaca Bible dalam bahasa Arab di sebuah gereja.

“Gerakan ini sebenarnya sudah bermula berpuluh tahun dulu dan perkara sama kini cuba dibawa masuk ke Malaysia secara senyap-senyap tanpa kita sedari,” tambahnya.

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

One Comment on “Jihad Tolak Pas PRU13?”

  1. Dolah
    March 29, 2013 at 6:25 am #

    Syukur Alhamdullilah ilmuan Islam di Bumi Bertuah ini telah sedar dan yakin sepenuh penuh nya bahawa PAS bukan Islam dan Islam bukan PAS. Mari kita beramai2 benyokang Islam dan TOLAK PAS.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: