Karpal Tetap Mahu Anwar Jadi PM

KES Liwat Anwar Ibrahim Karpal Singh Gelombang RakyatGEORGETOWN – Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh sekali lagi menegaskan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menjadi perdana menteri jika pembangkang berjaya menawan Putrajaya dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Beliau menyifatkan dakwaan kononnya Majlis Syura Pas menolak Anwar bagi menduduki jawatan berkenaan sebagai satu spekulasi.

“Pilihan DAP adalah Anwar Ibrahim dan saya fikir pilihan ini akhirnya akan disokong Pas dan PKR kerana Anwar Ibrahim paling layak,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Baru-baru ini, akhbar melaporkan Majlis Syura Pas menolak Anwar dilantik sebagai perdana menteri jika pakatan pembangkang menang dalam PRU13 dan berkemungkinan melantik seorang pemimpin dari luar pakatan pembangkang.

Menurut laporan itu, Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim mendakwa rakan-rakannya dalam Pas memberitahu penolakan Majlis Syura Pas terhadap Anwar semakin kuat. – Bernama

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: