Puteri Umno Yakin Rakyat Sabah Pilih Semula BN

imageKUALA LUMPUR – Ketua Puteri Umno, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin percaya rakyat Sabah akan memilih kerajaan Barisan Nasional (BN) yang stabil, bijak serta sentiasa mendahulukan kepentingan rakyat.

Rosnah yang juga Timbalan Menteri Kesihatan itu berkata, Pakatan Rakyat tidak akan dapat mentadbir negeri itu dengan baik kerana isu yang kecil seperti pembahagian kerusi di Sabah sudah menjadi satu isu yang besar dan mengambil masa yang lama untuk diselesaikan.

Oleh itu, konflik mengenai pembahagian kerusi pakatan pembangkang perlu dijadikan loceng amaran kepada rakyat kerana perkara itu menunjukkan pakatan pembangkang mempunyai banyak ideologi berbeza dan cara pentadbiran yang berlainan.

“Bagaimana mereka (pakatan pembangkang) hendak menyelesaikan perkara lain sekiranya perkara kecil seperti ini pun tidak dapat diselesaikan. Rasa tidak puas hati di antara parti pembangkang mengenai isu kerusi hanyalah merupakan satu bayangan kecil yang rakyat Sabah seharusnya pandang secara serius,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau mengulas mengulas isu pembahagian kerusi pakatan pembangkang di Sabah yang masih belum dapat diselesaikan.
Katanya, BN sudah bersedia menghadapi sebarang tentangan demi kepentingan dan masa depan rakyat Sabah dan akan mempertahankan kesemua kerusi di Sabah demi masa depan generasi muda di negeri itu. – Bernama

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: