Rumah Kecil Usang, Bocor

imageKAMPUNG SENENG, Bachok – Dua beranak yang hidup dalam serba kekurangan sejak beberapa tahun lalu, tidak mampu membaiki rumah kecil mereka.

Nik Jit Sulaiman, 42, bersama ibunya yang uzur, Raja Fatimah Raja, 80, mendiami sebuah rumah kecil yang bocor dan reput.

Sebagai seorang buruh kontrak, pendapatannya tidak menentu dan sekadar cukup makan serta menyara ibu yang sakit.

“Saya tidak mampu untuk membaiki sendiri rumah kecil kami, kerana pendapatan yang diperoleh hanya cukup untuk makan minum kami dua beranak.

“Tahun lalu saya ada mengadu kepada Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKKP) Seneng, Wan Hamat Wan Jaya.

“Beliau membawa permohonan saya ke peringkat Umno Jelawat untuk diproses,” katanya selepas menerima sumbangan daripada Pejabat Penerangan Bachok yang mengadakan program turun padang bertemu penduduk semalam.

Program penghayatan 1Malaysia itu diadakan selama dua hari itu, dimulai dengan gotong-royong membersihkan kawasan perumahan Taman Harmoni Seneng sebelum menziarahi 10 rumah penduduk miskin.

Program itu turut disertai Penyelaras Dun Jelawat, Datuk Dr Ilias Husain.

Manakala, Wan Hamat berkata, keluarga tersebut menerima peruntukan membaiki rumah di bawah projek 1Malaysia Development Berhad sebanyak RM3,000.

“Keluarga ini sudah menerima peruntukan membaiki rumah, dan hari ini kita pilih mereka untuk terima sumbangan daripada Jabatan Penerangan sempena program penghayatan 1Malaysia ini.

“Selepas ini saya percaya lebih banyak peruntukan dan bantuan akan disalurkan kepada rakyat sekiranya BN memerintah Kelantan,” katanya. – Sinar Harian

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: