Tindakan NGO ‘R’ Hanya Gimik Politik

382327_531908153516737_741030568_nKOTA BHARU – Majlis Belia Kelantan menyelar tindakan NGO Royalti (NGO ‘R’) yang mendakwa Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mustapa Mohamad sebagai penderhaka kepada Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V dan menyifatkan tindakan itu tidak ubah hanya gimik politik pihak tertentu menjelang pilihanraya umum tidak lama lagi .

Exconya, Ariff Hakimi Zulkifli berkata, Presiden NGO terbabit, Nazri Deraman tidak sepatutnya membuat tuduhan terbabit memandangkan isu tuntutan royalti itu akan diselesaikan melalui penubuhan jawatankuasa khas.

“Saya tidak faham mengapa mereka membuat tuduhan sedemikian terhadap Tok Pa sedangkan baginda Sultan telahpun bersetuju isu royalti minyak akan diselesaikan melalui Jawatankuasa Khas yang ditubuhkan untuk menyelesaikan tuntutan minyak untuk Kelantan, Terengganu dan Pahang.

“Sekarang ini kita lihat siapa yang menderhaka kepada perintah Sultan Tok Pa atau Nazri?. NGO ‘R’ sepatutnya bersabar kerana desakan yang dibuat selama ini sudah mendapat perhatian dan kita perlu tunggu keputusan jawatankuasa khas yang ditubuhkan untuk membuat keputusan dan bukannya terus membuat desakan dengan tindakan yang tidak cerdik,” katanya ketika ditemui di sini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan NGO ‘R’ yang disertai  200 peserta yang berarak dengan basikal dan berjalan kaki bermula dari Pasaraya KB Mall ke dataran Pasir Pekan sejauh satu kilometer sambil membawa sepanduk dan patung Tok Pa.

Ariff berkata, sebagai peneraju NGO ‘R’, Nazri perlu memahami kedudukan Undang-undang Tubuh Negeri Kelantan dan bukannya memberikan fakta yang tidak tepat kepada rakyat.

“Sejak Tanah Melayu merdeka, mana-mana ordinan, enakmen, undang-undang dan undang-undang tubuh tidak boleh bertentangan dengan Perlembagaan Malaysia. Dia (Nazri) perlu faham kedudukan ini.

“Dalam soal perairan negeri, Bekas Pengerusi Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah sendiri memberitahu bahawa sejak 1948, laut negeri ialah tidak lebih tiga batu nautika. Undang-undang tubuh negeri tidak ada mengenainya melainkan Sabah dan Sarawak sahaja,” katanya.

Beliau berkata tindakan NGO ‘R’ membakar dan menyebat patung Tok Pa juga dianggap sebagai keterlaluan kerana pemimpin itu telah banyak berjasa kepada rakyat Kelantan.

“Tindakan mereka membakar dan menyebat patung Tok Pa itu menunjukkan mereka seolah-olah tidak sabar untuk menunggu keputusan Jawatankuasa Khas.

“Mereka juga perlu ingat kes ini telah dibawa ke mahkamah. Jika tidak mahu tunggu keputusan Jawatankuasa Khas tunggu la keputusan mahkamah bukannya dengan membuat tindakan sedemikian. Ini seolah-olah mereka membuat keputusan sendiri sebelum  mahkamah bersidang.

“Jika mereka nak buat macam itu, apa gunanya mereka membawa kes itu ke mahkamah dan mendesak kerajaan Malaysia menyelesaikan kes tuntutan itu,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menyeru rakyat Kelantan bersabar dan tidak terpengaruh dengan tindakan golongan yang dilihat cuba mengambil kesempatan terhadap isu tersebut menjelang pilihanraya umum tidak lama lagi.

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: