10 Keluarga Nikmati ‘Cahaya’

datuk-dr-awang-adek-hussinBACHOK  – UMNO Bahagian Bachok dengan kerjasama Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Pusat GiatMara (PGM) daerah, bergabung tenaga serta kepakaran bagi membantu keluarga miskin di daerah ini menikmati bekalan elektrik.

Ketua UMNO Bahagian Bachok, Datuk Dr. Awang Adek Hussin berkata, menerusi kerjasama ini seramai 10 keluarga miskin di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perupok telah dipilih sebagai kumpulan perintis yang dibantu bagi menikmati kemudahan tersebut.

Beliau berkata, seramai 20 lagi penduduk miskin yang dikenal pasti masih belum menikmati kemudahan bekalan elektrik dari DUN Tawang dan Jelawat untuk turut dibantu dalam waktu terdekat.

Katanya, bantuan penyambungan elektrik ke rumah penduduk terlibat dilaksanakan oleh PGM Bachok yang memiliki tenaga mahir dalam bidang berkenaan manakala pembiayaan caj pemasangan meter elektrik ditanggung sepenuhnya oleh UMNO bahagian.

“Ini adalah perkhidmatan mesra rakyat menggabungkan tenaga korporat, institusi kemahiran dan kepimpinan setempat.

”Ia sebahagian agenda membela nasib dan kebajikan rakyat di peringkat akar umbi terutama mereka yang masih tersisih daripada arus pemodenan,” katanya.

Beliau ditemui Utusan Malaysia ketika melakukan kunjungan ke rumah penduduk yang menerima bantuan bekalan elektrik di DUN Perupok semalam.

Turut hadir Pengurus Besar TNB Kelantan, Datuk Zulkifli Ab. Rahaman.

Awang Adek yang juga Timbalan Menteri Kewangan berkata, jumlah bantuan untuk menyediakan bekalan tenaga elektrik bagi setiap rumah terpilih bergantung kepada keperluan dan had maksimum ialah sebanyak RM6,000.

Beliau berkata, bantuan itu dapat memberi keselesaan kepada keluarga miskin yang sebelum ini masih menggunakan lilin, pelita minyak tanah atau menumpang bekalan elektrik dari rumah jiran atau ahli keluarga terdekat.

Sementara itu, seorang ibu tunggal di Pantai Kemasin, Halimah Muhamad, 65, melahirkan rasa syukur dan merakamkan penghargaan ke atas bantuan yang diberikan tersebut.

“Sebelum ini makcik hanya menggunakan pelita minyak tanah pada waktu malam. Apabila sukar mendapatkan bekalan minyak tanah sejak beberapa tahun kebelakangan ini, makcik terpaksa menggunakan lilin sedangkan rumah jiran terang benderang dengan lampu elektrik,” katanya terharu.

Bagi seorang buruh, Long Adnan Long Soh, 35, turut melahirkan rasa syukur apabila rumahnya sudah dibekalkan dengan bekalan elektrik selepas tujuh tahun terpaksa menumpang sambutan pendawaian elektrik daripada rumah ibu mertuanya.

“Terima kasih kepada yang sudi membantu dan saya bersyukur kerana pemimpin setempat sentiasa prihatin dan cakna kepada rakyat,” katanya.

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: