Aktiviti Pembalakan Menjadi Persoalan, Kerajaan Diminta Jawab

AMIRUL HAFIZ :

Kegagalan_kerajaan_Pas_mengawal_pembalakan_menyebabkan_berlaku_pembalakan_haram_hingga_kayu_disitaKOTA BHARU – Isu penerokaan tanah dan aktiviti pembalakan di Hulu Kelantan melibatkan ratusan ribu hektar, dipersoal sama ada ia mengikut undang-undang atau sebaliknya.

Presiden Peneraju Profesional Kelantan (Kelpro), Nor Azli Ahmad ketika mempersoalkan perkara berbangkit menggesa kerajaan Pas negeri tampil memberi penjelasan kepada rakyat.

“Selain wujudnya prejudis penerokaan dan aktiviti pembalakan itu sangat serius kerana ia memberi impak besar kepada alam sekitar dan penduduk setempat terutamanya Orang Asli.

“persoalannya juga adakah perkara ini mendapat kelulusan kerajaan negeri dan jika ada, siapakah yang meluluskan.

“Kita juga ingin bertanya apakah kerja pembalakan atau penerokaan ini mematuhi peruntukan undang-undang yang sedia ada dan diamalkan di negara kita.

“Apakah Akta Perhutanan dipatuhi, Akta Alam Sekitar dituruti dan apakah garis panduan yang digunakan oleh Kerajaan Pusat dipatuhi kerajaan negeri. Ini satu persoalan yang perlu dijawab oleh Kerajaan Pas,” katanya ketika ditemui di sini.

Beliau mengulas laporan akhbar arus perdana semalam mendedahkan aktiviti penerokaan tanah dilakukan tanpa belas kasihan apabila puluhan bukit yang kaya dengan flora dan fauna berubah menjadi kawasan tandus, malah ada yang kelihatan seperti pergunungan padang pasir.

Pendedahan tersebut dibuat berdasarkan tinjauan udara yang dilakukan oleh sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Orang Muda Berpadu Anti Korupsi (OMBAK) di kawasan hulu Kelantan pada Jumaat lepas.

Antara kawasan yang dikenal pasti sudah menjadi mangsa kerakusan itu adalah Temangan di Machang; Kampung Mambong (Kuala Krai), Bertam dan Kuala Betis (Gua Musang) selain Sungai Perolak di Lojing dan Sungai Berok di sempadan Pahang.

Nor Azli yang juga merupakan seorang pengamal undang-undang turut mengesa kerajaan negeri mendedahkan status sebenar tanah hutan simpan Kerajaan Negeri sama ada untuk status tanah pertanian atau pembalakan.

“Sekiranya status tanah berkenaan untuk pertanian maknanya hasil boleh dikeluarkan secara keseluruhan tanpa ada sekatan.

“Tapi, untuk pembalakan, mereka perlu patuhi undang-undang tegas dengan tidak melakukan aktiviti pembalakan pada ketinggian tanah tidak melebihi 300 meter,”katanya.

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: