Kerajaan Pusat Salur RM500,000 Bantu Bina Masjid Mukim Mentuan

485253_4351289864916_152768397_nKOTA BHARU – Kerajaan Pusat telah menyalurkan bantuan sebanyak RM500,000 bagi membantu kerja-kerja pembinaan dan penambahbaikan masjid mukim Mentuan, Binjai di sini untuk memberi keselesaan kepada penduduk setempat beribadat.

Cek bantuan tersebut disampaikan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed kepada imam masjid berkenaan, Abdul Ghafar Hussin dalam satu majlis di masjid itu malam tadi.

Mustapa berkata, bantuan itu telah dimohon oleh jawatankuasa masjid berkenaan dan beliau bagi pihak Kerajaan Pusat bersyukur kerana dapat menyampaikan bantuan kewangan tersebut.

“Kita bersyukur kerana dapat menghulurkan sedikit bantuan dan kita harap ini dapat membantu meringankan beban jawatankuasa masjid. Kerajaan Pusat tidak sesekali mengetepikan Kelantan dalam pembangunan masjid. Kira-kira 20 masjid telah dibina baru sejak 2008, 100 masjid dibaiki dan banyak lagi surau telah dibaiki.

“Ini tanggungjawab Kerajaan Pusat dan kita lakukan sebaik mungkin untuk memastikan rakyat Kelantan menikmati keadaan yang lebih baik termasuk untuk beramal ibadat dalam keadaan selesa,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian cek tersebut.

Sebelum itu, Mustapa turut menunaikan solat isyak berjemaah di masjid berkenaan. Majlis itu turut dihadiri oleh Ketua UMNO Bahagian Kubang Kerian, Datuk Mohd. Fauzi Ismail dan Ketua Pemuda UMNO Kelantan, Anuar Sapian.

Sementara itu, Setiausaha Jawatankuasa Masjid dan Pembinaan Masjid Mukim Mentuan, Kamaruzzaman Muhamad memberitahu, sebelum ini mereka hanya mampu membayar 75 peratus daripada kos pembinaan masjid itu yang bernilai RM1 juta.

“Masjid ini dibina pada 8 April 2010 hasil sumbangan orang ramai. Kos masjid ini bernilai RM1 juta tapi kami setakat ini hanya mampu bayar RM750,000 dan banyak lagi yang belum siap seperti tandas, pagar dan menara,” katanya. – Utusan

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: