Pas Perlu Gugur 20 ADUN Untuk Kekal Tadbir Kelantan

RAITINI A. RAHMAN :

imagesKOTA BHARU – Pas Kelantan akan mengambil kira pandangan dan analisis pelbagai pihak dalam menentukan kedudukan dan pemilihan calon yang bakal mewakili parti itu bagi memastikan ia akan terus kekal mendapat majoriti pada pilihanraya umum ke 13 tidak lama lagi, kata Pengarah Jentera Pilihanraya Pas, Wan Nik Wan Yusof.

Beliau berkata, Pas bersedia menerima dan menilai setiap analisa yang dibuat oleh pihak-pihak tertentu bagi memastikan calon yang akan mewakili parti itu mendapat sokongan akar umbi.

“Kita bersedia mengambil kira analisis dan pandangan yang dibuat kerana mereka ini biasanya membuat kajian serta mengambil pendapat pelbagai pihak.

“Namun kita tidak bergantung sepenuhnya kepada analisis dan kajian tersebut. Ia cuma salah satu cara tetapi banyak lagi perkara lain yang kita akan nilai ini termasuklah pandangan akar umbi, kredibiliti calon an sebagainya. Kita tidak hanya bergantung kepada analisis atau pandangan satu pihak sahaja,” katanya kepada DetikPerubahan.com di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas analisa yang dibuat blogger proPas yang mendakwa Pas perlu menukar lebih 20 wakil rakyat sedia ada sekiranya ingin terus mendapat majoriti pada pilihanraya umum nanti.

Dalam analisis tersebut menyebut Pas perlu menukar tidak kurang 20 wakil rakyat sedia ada dengan barisan calon yang berkualiti dan mantap bagi mewujudkan sebuah kerajaan yang berwibawa dan berwawasan.

Menurut laporan analisis tersebut, sekiranya wakil rakyat sedia ada di 20 kerusi Dewan Undangan Negeri terbabit tidak digugurkan bimbang pengundi tidak akan memilih parti itu.

Analisis itu menyebut pengguguran itu antara lain adalah disebabkan masalah kesihatan, peribadi, skandal kecil dan prestasi yang kurang memberangsangkan  dan sebagainya.

Wan Nik bagaimanapun berkata, analisis tersebut hanyalah satu pandangan dan ia tidak semestinya tepat dan pemilihan calon Pas pada pilihanraya akan dating tidak sepenuhnya bergantung kepada analisis tersebut.

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: