Peniaga Rayu MPKB Tidak Pindahkan Lokasi Pasar Malam Parit Dalam

pasar_malam_KOTA BAHARU: Seramai 120 peniaga di Pasar Malam Parit Dalam di sini merayu supaya Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) tidak memindahkan mereka ke tempat lain memandangkan lokasi itu adalah tumpuan orang ramai dan pelancong.

Kesemua peniaga Melayu yang tidak disambung lesen perniagaan sejak 2009 itu kini berada dalam dilema apabila diklasifikasi berniaga secara haram.

Penasihat Persatuan Peniaga-peniaga Bumiputera Pasar Malam Parit Dalam, Nik Rashid Nik Ismail yang mewakili peniaga berkenaan, berkata disebabkan status itu, peniaga gagal membuat pelbagai urusan termasuk mendapatkan pinjaman dari mana-mana pihak.

“Tolonglah jangan pindahkan kami peniaga kecil-kecilan ini kerana kami sudah berniaga di sini sejak 1970 lagi dan lokasi ini adalah tempat tumpuan pelancong dalam dan luar negara.

“Apa tujuan mahu memindahkan kami ke tempat yang kami rasa tidak boleh berniaga di situ yang akhirnya peniaga kecil macam kami akan gulung tikar,” katanya kepada pemberita di tapak perniagaan mereka di sini, malam tadi.

Pada 2009, para peniaga itu tidak lagi dibenar berniaga di situ atas alasan menghalang lalu lintas dan mereka diarah berpindah ke Lembah Sireh di sini yang agak jauh daripada tumpuan orang ramai.

Namun, selepas beberapa rayuan, peniaga berkenaan dibenar terus berniaga untuk satu tempoh yang tidak dimaklumkan iaitu bermula sebelah petang sehingga tengah malam setiap hari.
Selain tidak disambung lesen, peniaga berkenaan turut dikenakan cukai bakul sebanyak RM5 bagi setiap khemah yang didirikan.

Mereka juga beberapa kali mengadakan pertemuan dengan MPKB serta Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat namun sehingga hari ini tiada jalan penyelesaian dicapai.

Nik Rashid berkata, MPKB juga mengingkari arahan Nik Abdul Aziz yang membenarkan peniaga melanjutkan perniagaan sehingga jam 3 pagi pada setiap Aidilfitri dengan tidak diberi sebarang alasan.

“Surat-surat yang kami hantar langsung tidak berbalas. EXCO dan wakil rakyat langsung tidak bertanya khabar mengenai kami… apakah ini kerajaan yang benar-benar bertanggungjawab,” katanya.

Pengerusi persatuan itu, Samsudin Zakaria pula berkata, peniaga sepakat untuk mempertahankan kawasan itu dan enggan berpindah.

“Kami peniaga Melayu ini akan mempertahankan perniagaan kami di sini dan mohon kerajaan negeri akur dengan masalah kami ini,” katanya.

Sehubungan itu beliau mengharapkan MPKB menyambung semula lesen perniagaan mereka kerana khuatir nasib yang lebih buruk akan melanda seperti disita pihak berkuasa itu. – BERNAMA

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: