Undi BN Sebagai Pengajaran Kepada Parti – Aktivis Pas

BN-323x215KUALA LUMPUR – Ahli-ahli Pas yang bijak, mempunyai prinsip dan istiqamah dengan perjuangan asal parti perlu mengundi Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 bagi memastikan kesucian Islam terpelihara dan diperkasa.

Aktivis Pas, Mohd. Riza Kamaruddin berkata, tindakan itu perlu dilakukan sebagai mesej ahli-ahli akar umbi yang mahukan barisan kepimpinan Pas di setiap peringkat ditukar.

Menurutnya, undi protes itu sebagai pengajaran kepada pemimpin Pas.

“Kami mahu barisan kepimpinan Pas tahu tanpa ahli siapalah mereka. Pandangan ahli perlu diambil kira,” katanya di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Presiden Pertubuhan Jalur Tiga (Jati), Datuk Dr. Hasan Ali yang mengingatkan ahli-ahli Pas tidak memberi undi kepada calon parti itu dan rakan sekutunya iaitu DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam pilihan raya umum akan datang selagi Pas kekal dalam pembangkang.

Bekas Setiausaha Pas Selangor, Norman Taha pula berkata, peringatan Hasan itu wajar, mengambil kira kemelut yang melanda Pas hari ini.

Beliau berkata, akibat bersekongkol dengan DAP dan PKR, Pas terperangkap dengan perjanjian sulit pakatan itu pada 18 Disember 2009 yang mengetepikan agenda utama perjuangan parti iaitu hudud dan penubuhan negara Islam.

“Ahli-ahli Pas perlu memaksa kepimpinan parti merungkai perjanjian itu serta menghalang DAP dan PKR mengambil alih kuasa dengan tidak memberi undi kepada pakatan pembangkang.

“Jika ahli Pas mengundi calon Pas sekalipun, ia tetap memberi mandat kepada DAP dan PKR untuk berkuasa,” ujarnya.

Bekas Naib Presiden Pas, Datuk Mohd. Nakhaie Ahmad pula berkata, hasrat melihat Pas keluar daripada pakatan pembangkang ibarat jauh panggang daripada api.

Katanya, keadaan itu disebabkan pemimpin Pas masih dikuasai politik kebencian dan tidak berpandangan jauh. – Utusan

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: