Bekas SU Dewan Ulama Pas Kelantan Juga Kata Haram Undi Pas

AMIRUL HAFIZ :

mailKOTA BHARU – Isu memberi undi kepada Pas haram semakin menampakkan kebenaran apabila ia disokong bekas Setiausaha Dewan Ulama Pas Kelantan, Wan Ismail Wan Ahmad.

“Betul, memang benar, kalau orang tanya saya dari dulu memang itu jawapan saya, haram. Haram beri undi kepada Pas selagi ia bersekutu dengan DAP,” katanya dihubungi di sini hari ini.

Beliau mendakwa, sebagai salah seorang pengasas kepada penubuhan Pas di negeri ini beliau amat merasai perubahan dasar parti itu yang semakin tersasar dari landasan sebenar.

Tegasnya, Pas sepatutnya bangkit bersama UMNO menentang DAP kerana parti itu semakin biadab dengan membangkitkan isu menyentuh sensitiviti agama terutama membabitkan perkara akidah.

“Walaupun dia (Pas) tidak buat perkara itu tetapi masih bersekutu, ini bererti dia telah bersubahat. Yang sangat jelas sekarang ini adalah isu penggunaan kalimah Allah.

“Ibarat, memang kamu tidak mencuri, tapi yang kamu ikut sama pergi mencuri dengan kumpulan pencuri itu kenapa. Tindakan kamu itu maknanya kamu menyokongnya. Inilah subahat. Kamu sepatutnya keluar dari kumpulan itu baru betul” katanya.

Akhbar semalam melaporkan beberapa pertubuhan bukan kerajaan negeri ini  menegaskan bahawa perjuangan menentang Pas adalah jihad kerana mengundi parti itu bermaksud menyokong DAP yang merupakan parti cauvinis yang menolak Islam dan memperjuangkan sekularisme.

NGO terbabit dianggotai para ulama, tok guru pondok, imam dan ustaz muda.

Tambahnya, Penyakit subahat Pas tidak akan hilang selagi mereka terus bersekutu dengan DAP dan umat Islam sememangnya haram menyokong parti itu.

Mengulas lanjut, Wan Ismail menegaskan, Umat Islam seharusnya peka terhadap tuntutan syarak dalam soal memilih kerajaan Islam kerana ia bukan perkara boleh dijual gadai.

“Kita kena ingat, syurga neraka bukan hak kita. Tidak ada istilah undi Pas masuk syurga. Kemungkaran tetap kemungkaran,” katanya yang juga bekas seorang pengasas penubuhan Pas di negeri ini.

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: