Cubaan Edar Dadah Gagal

imageGUA MUSANG – Polis berjaya merampas 1,996 biji pil dipercayai ecstasy ketika menahan sebuah kenderaan yang dinaiki sembilan sekeluarga termasuk pasangan suami isteri dan lima kanak-kanak, malam Isnin lalu.

Kejayaan itu hasil daripada intipan polis sebelum mengekori kenderaan dinaiki mereka dari Kampung Sungai Sam, Kuala Krai menuju ke Tanah Rancangan Felda Chiku kira-kira jam 9 malam.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Saiful Bahri Abdullah berkata, sepasukan polis Cawangan Narkotik dari Ibu Pejabat Daerah (IPD) Gua Musang yang menaiki dua kenderaan menahan kereta terbabit sebaik sampai di hadapan Balai Polis Paloh.

Berikutan itu, kata beliau, ada berlaku pelanggaran kecil kerana kenderaan dinaiki suspek cuba memecut kenderaan untuk melepaskan diri daripada kepungan polis itu.

Bagaimanapun, beliau berkata, dalam situasi kejadian kemalangan itu tidak mengakibatkan kecederaan kecuali tiga kenderaan termasuk dua kereta polis dan kereta suspek yang mengalami kerosakan kecil.

“Sebaik terkepung, sepasukan anggota polis itu yang diketuai Inspektor Mohd Saufi Hairi Purmono bergegas untuk menyiasat kesemua sekeluarga itu yang berada dalam kereta terbabit.

“Siasatan juga membabitkan beg pakaian yang disimpan dalam bonet belakang kereta terbabit sebelum menemui 10 paket yang setiap satu mengandungi antara 199 hingga 200 biji dipercayai pil ecstasy,” katanya.

Menurut Saiful Bahri, pihaknya mengesyaki suspek utamanya dua pasangan suami isteri berumur antara 27 dan 26 tahun kerana beg pakaian yang ditemui pili berkenaan milik mereka.

Katanya, dua lagi suspek termasuk seorang lelaki pemandu kereta berkenaan berusia 27 tahun bersama wanita penumpang kereta itu berusia 28 tahun ada kaitan kekeluargaan dengan pasangan terbabit turut disiasat.

“Kita cukup terkejut dengan tindakan suspek yang turut membawa lima kanak-kanak berumur antara enam bulan hingga lapan tahun termasuk tiga daripada kanak-kanak itu anak pasangan berkenaan,” katanya.

Beliau berkata, memang suspek utama itu membawa anak mereka dan dua lagi anak saudaranya untuk mengabui mata pihak berkuasa yang kononnya baru pulang dari menziarahi keluarga di kampung.

“Kita tahu lebih awal taktik mereka menyebabkan anggota yang membuat intipan itu bertindak mengikut kesesuaian masa dan kita percaya pil terbabit untuk pasaran tempatan.

“Sebiji pil itu boleh dijual dengan harga RM25 dan kita menjalankan intipan itu sudah sekian lama hingga akhirnya berjaya menumpas kegiatan pengedaran pil itu yang dianggap terbesar di daerah ini awal tahun baru ini,” katanya.

Katanya, lima kanak-kanak itu dibebaskan dengan membenarkan ahli keluarga mereka datang mengambilnya di IPD Gua Musang manakala pasangan suami isteri bersama dua lagi suspek masih ditahan untuk siasatan lanjut.

Menurutnya, semua suspek itu disiasat di bawah kes mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952, jika sabit kesalahan boleh dihukum gantung sampai mati. – Sinar Harian

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: