Kalimah Allah: Hadi Didesak Lagi

AMIRUL HAFIZ :

mailKOTA BHARU – Isu kalimah Allah bakal menyaksikan polemik tidak berkesudahan selagi Pas terus berdegil tidak mahu menerima pandangan orang lain walaupun banyak siri desakan dilakukan pelbagai pihak.

Hari ini, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Minda Pondok tampil mendesak Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, supaya menarik balik pendiriannya bersama pakatan pembangkang berhubung isu tersebut boleh diguna pakai oleh bukan Islam.

Ahli Jawatankuasanya, Mohd. Syamsul Mohd. Yusoff al-Hafiz berkata, sekiranya Abdul Hadi tidak menarik balik kenyataan yang dibentangnya (persetujuan kalimah Allah diguna pakai oleh agama lain) dalam mesyuarat Pakatan Rakyat 8 Januari lalu ia akan terus menjadi pertikaian DAP walaupun Majlis Syura Ulama Pas telah membuat keputusan bahawa kalimah Allah adalah menjadi hak mutlak orang Islam sahaja.

“Kegagalan Haji Hadi (Abdul Hadi) untuk berbuat demikian ini bererti masih ada unsur-unsur kompromi antara Pas dan DAP khususnya dalam isu terbabit. Sebab itu Hadi mesti jelas dan tegas.

“Kalau benar pendiriannya adalah sama dengan keputusan Majlis Syura dia mesti tarik balik kenyataan bersamanya dalam pakatan pembangkang sebelum ini langsung menegaskan bahawa kalimah Allah tidak boleh diguna pakai oleh lain-lain agama,” katanya kepada Detikperubahan di sini hari ini.

Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Pakatan Rakyat pada 8 Januari lalu, Abdul Hadi sendiri didakwa bersetuju dengan pendirian DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) membenarkan kalimah Allah diguna pakai oleh penganut Kristian.

Malah pendirian tersebut dilaporkan selari dengan pendirian Pas pada 2010 berhubung isu yang sama.

Tegas Mohd. Syamsul, kredibiliti serta integriti Abdul Hadi sebagai seorang pemimpin dan ulama wajar dipertikai sekiranya beliau gagal mempamerkan ketegasan sebenar dalam perkara membabitkan akidah.

Katanya lagi, ulama Pas sepatutnya bersepakat menarik balik kenyataan berkenaan (yang dipersetujui di peringkat Majlis Pimpinan Tertinggi Pakatan Rakyat) sebelum ini.

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

One Comment on “Kalimah Allah: Hadi Didesak Lagi”

  1. pencintakedamaian
    February 15, 2013 at 11:45 pm #

    Kalimah ‘ALLAH’ itu sudah digunakan dan disebut-sebut dalam lagu-lagu pujian dan doa oleh penganut agama Kristen sejak berkurun lamanya.. Orang yang menimbulkan isu ini merupakan insan yang baru lahir…. pencetus persengketaan antara agama yang sepatutnya saling menghormati, hidup aman damai…. Kita nak panggil Sang Pencipta itu dengan nama pujian apa sekalipun, TAK SEPATUTNYA DIPOLITIKKAN… Ini urusan Tuhan dan manusia…… “Terpujilah ALLAH,.. selama-lamanya”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: