Kawalan Keselamatan Sempadan Malaysia- Thailand Dipertingkat

dinar-kelantanKOTA BAHRU – Kawalan keselamatan di sempadan Malaysia-Thailand dipertingkatkan bagi mengelakkan militan Barisan Revolusi Nasional (BRN) yang berpangkalan di selatan Thailand, bolos ke negara ini.

Ketua Polis Kelantan Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata bagi tujuan itu, pihaknya bekerjasama dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Unit Pencegahan Penyeludupan (UPP) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) di bawah “Ops Wawasan” yang dikelolakan ATM.

“Kita akan bekerjasama dengan pihak keselamatan Thailand bagi mengesan militan yang cuba melarikan diri ke  negara ini,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini, hari ini.

Akhbar hari ini melaporkan 17 pemberontak maut dalam pertempuran dengan pasukan keselamatan Thailand, apabila mereka masuk ke dalam perangkap tentera semasa melancarkan serangan hendap ke atas sebuah kem tentera laut di Narathiwat, selatan Thailand semalam.

Komander Tentera Laut Narathiwat, Kol Somkiat Ponprayoon dipetik berkata, kira-kira 50 pemberontak lengkap bersenjata dan berpakaian seragam tentera serta jaket kalis peluru daripada kumpulan BRN  menyerbu kem kecil tentera yang mempunyai 50 pegawai dan anggota pada pukul 1 pagi.

Jalaluddin meminta penduduk di kawasan sempadan agar menyalurkan maklumat kepada pihak keselamatan jika ada militan yang cuba memboloskan diri agar tindakan segera dapat dilakukan.

Beliau menasihati rakyat Malaysia, terutama yang berada di negeri ini agar tidak ke negara jiran jika tidak mempunyai perkara mustahak.

Dalam kes lain, Jalaluddin berkata dua suspek berusia 30-an yang ditahan Rabu lepas berikutan penemuan senjata api jenis M16 di tempat menyimpan barang sebuah bas ketika sekatan jalan raya di Simpang Empat Salam, Rantau  Panjang, disyaki menyeludup senjata api ke negara ini untuk pasaran di Kuala Lumpur.

Beliau berkata kedua-dua suspek mempunyai rekod jenayah lampau.

Enam lagi suspek yang ditahan dalam sekatan jalan raya tersebut telah dibebaskan, katanya. – Bernama

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: