Kerajaan Timbang SVTB1M Kepada Balu Veteran Tentera Tidak Berpencen

imageMUAR – Kerajaan akan mempertimbangkan untuk memperluaskan pemberian Sumbangan Veteran Angkatan Tentera Malaysia Tidak Berpencen 1Malaysia (SVTB1M) kepada balu tentera sebagai menghargai dan mengenang jasa suami mereka, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini.

Timbalan Perdana Menteri berkata secara peribadinya beliau bersetuju dengan perluasan sumbangan wang tunai RM1,000 itu dan perkara berkenaan akan diusulkan pada mesyuarat Kabinet bagi kelulusan.

“Saya sokong 100 peratus tetapi kuasa ‘besar’ terletak pada Perdana Menteri.

Saya akan sebut dalam mesyuarat Kabinet nanti,” katanya berucap pada majlis penyampaian SVTB1M peringkat negeri Johor di sini hari ini.

Hadir sama Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Dr S.Subramaniam, Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Abdul Latiff Ahmad serta Presiden Persatuan Bekas Tentera Malaysia Laksamana (B) Tan Sri Mohd Anwar Mohd Nor.

Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran, berkata secara dasarnya peruntukan untuk pemberian sumbangan itu sudah ada dan ini sekali gus dilihat sebagai membela nasib balu dan anak-anak tentera.

Beliau menegaskan kerajaan Barisan Nasional (BN) begitu mengambil berat segala sumbangan yang dicurahkan veteran tentera dan tidak pernah sesekali meminggirkan mereka.

“Ini (SVTB1M) sumbangan kecil dalam hendak menilai pengorbanan besar dan jiwa raga veteran tentera. Kalau tiada perjuangan saudara-saudara (veteran), negara kita tidak aman dan kalau tidak aman maka rakyat tidak sempurna dan kerajaan juga tidak dapat memajukan negara,” katanya.

Timbalan Perdana Menteri menegaskan veteran tentera merupakan pendukung kekuatan BN dan bantuan SVTB1M juga merupakan pengiktirafan kerajaan sebagai memastikan kehidupan selesa kepada mereka.

Pada majlis itu, Muhyiddin turut menyampaikan baucar replika SVTB1M kepada 25 wakil parlimen negeri Johor sebagai simbolik kepada penyerahan wang RM1,000 kepada 6,184 veteran tentera tidak berpencen di seluruh negeri ini.

Terdahulu, beliau meminta veteran dan tetamu yang hadir untuk bersama-sama menghadiahkan al-Fatihah kepada Allahyarham Lt Adnan Saidi yang terkorban dalam peristiwa berdarah pertempuran Bukit Candu, Singapura, 71 tahun lepas. – Bernama

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: