Noh: Selangor Tidak Hormati Sultan

imageSETIU – Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata, kerajaan negeri Selangor tidak menghormati Sultan Selangor apabila bercadang membubarkan Dewan Undangan Negeri (Dun) selepas sambutan Cap Goh Mei pada 25 Februari ini.

Beliau berkata, kerajaan negeri sepatutnya dapatkan perkenan Sultan Selangor terlebih dahulu sebelum bercakap mengenai pembubaran Dun.

“Cara Menteri Besar Selangor (Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim) umumkan (cadangan pembubaran Dun) saya lihat seolah-olah beliau tak berapa reti hak kuasa mutlak beliau dan tak tahu hormati Sultan Selangor dalam hal ini.

“Mereka menganggap mereka berkuasa penuh dan cuba buat eksperimen mengenai hal pembubaran ini…,” katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas mengenai hasrat kerajaan negeri Selangor yang mahu membubarkan Dun lebih awal.

Noh yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani sebelum itu menyampaikan elaun sara hidup bulanan kepada 389 nelayan di Kompleks Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dekat Penarik di sini hari ini.

Beliau berkata, hasrat kerajaan negeri Selangor mengadakan pilihan raya berasingan dengan kerajaan pusat hanya akan membazirkan wang rakyat dan tenaga Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Noh turut mencabar Pengerusi DAP Karpal Singh menarik balik kenyataannya di Dewan Rakyat pada tahun 1997 yang mendakwa mempunyai bukti Datuk Seri Anwar Ibrahim yang ketika itu Timbalan Perdana Menteri terlibat dengan aktiviti liwat.

Beliau berkata Karpal ketika itu mengutuk kerajaan, badan penguatkuasa dan Peguam Negara kerana tidak menyiasat Anwar.

“Kalau dia tak berani, dia memang hipokrit dan ada motif tertentu dalam usaha menyokong Anwar menjadi Perdana Menteri jika pakatan pembangkang menang pilihan raya umum ke-13 nanti.

“Selepas Anwar kini berada dalam pakatan pembangkang, Karpal pula yang beriya-iya menjadi hero dan peguam bela kepada Anwar?…pasti ada udang di sebalik batu,” katanya.- Bernama

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: